"kini tidak perlu lagi berlapar dan menahan keinginan untuk menikmati juadah kegemaran anda"
Untuk pengetahuan anda kemampuan metabolisme seseorang membakar kalori yang berlebihan adalah berbeza-beza. Oleh itu jangan lah anda cepat berputus asa apabila melihat rakan-rakan terlebih dahulu menampakan hasil sebelum anda.
1. Anda perlu memahami tindakan yang tergesa-gesa bukan sahaja melambatkan usaha anda malah ia akan memberi kesan yang tidak sihat kepada badan untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh seorang yang makan tanpa menguyah makanan sehingga hancur akan membebankan badan ketika proses penghadaman makanan kerana badan (enzim) terpaksa bekerja lebih kuat dari yang seharusnya. Berbanding orang yang mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur sebelum menelan makanan ia akan lebih memudahkan badan untuk proses penghadaman makanan yang dimakan.
2. Cara pemakanan yang seimbang juga amat penting dalam menjaga kesihatan, ia tidak bererti anda tidak boleh makan apa yang anda hajatkan tetapi makan lah secara sederhana dan bukan mengikut hawa nafsu.
3. Mengubah persepsi anda : apa yang anda lakukan bukan untuk kurus semata-mata tetapi yang lebih utama untuk kesihatan badan. Sekiranya anda meletakan kurus sebagai matlamat, anda akan mudah berputus asa tetapi sekiranya anda melakukan demi kesihatan badan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari tekanan malah kesan yang bakal diperolehi akan lebih terjamin.
4. Penggunaan Herbalife mestilah diambil mengikut apa yang telah ditetapkan secara disiplin bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
5. Para pengguna turut dinasihatkan untuk bersenam sekurang²nya 1 kali seminggu bagi melancarkan perjalanan darah.