Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Questions and Answers. Show all posts
Showing posts with label Questions and Answers. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Apakah kelebihan Herbalife?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, kebelakangan ini kami ada menerima beberapa pertanyaan seperti dibawah :-
  1. Bolehkah Herbalife menyembuhkan penyakit kanser?
  2. Sudah mengamalkan produk Herbalife tetapi tidak ada hasil? 
  3. Bagaimana untuk membeli produk Herbalife secara online dan bagaimana saya boleh menikmati potongan harga?

Jawapan pertanyaan 1
Untuk makluman semua produk Herbalife bukanlah ubat dan Herbalife sendiri tidak pernah mendakwa bahawa produk Herbalife boleh mengubati apa² penyakit. Tetapi kami juga tidak menafikan bahawa memang ada testimoni dari para pengguna Herbalife yang mendapat kesan positif setelah mengamalkan produk Herbalife pada penyakit² yang mereka alami.

Bagi memastikan kualiti, mutu dan keberkesanan produk² Herbalife, teknologi dan kaedah yang paling canggih telah digunakan untuk menghasilkan produk Herbalife. Nutrition Sel Selular adalah kaedah yang tercanggih pada abad ini dan ia juga telah dipaternkan oleh syarikat Herbalife supaya ia tidak boleh diduplikasi oleh mana² pihak yang tidak bertanggungjawab. Nutrition sel selular ini berfungsi membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh sel² badan. Mengapa perlu dibekalkan pada sel² badan? Seperti yang kita semua sedia maklum, seorang bayi didalam kandungan bermula dengan 1 sel yang menjadi 2, 2 menjadi 4, dan gandaan seterusnya sehingga terbentuk menjadi fetus dan bayi. Sel² yang menerima kurang nutrisi akan menjadi lemah dan tidak sihat berbanding sel² yang menerima nutrisi yang sihat. Sistem badan manusia sentiasa menggantikan sel² lama kepada sel² baru dan gaya hidup memberi kesan yang besar kepada sel² baru. Gaya hidup masyarakat zaman sekarang lebih cenderung kepada pemakanan yang ringkas janji mengenyangkan tetapi tidak ramai yang perihatin terhadap nutrisi dan zat pada makanan yang dimakan. Herbalife adalah produk yang membekalkan nutrisi sihat pada sel² badan, oleh itu tidak hairanlah kebanyakan pengguna produk Herbalife semakin sihat dan bertenaga berbanding sebelumnya. Untuk makluman anda juga, Herbalife telah membelanjakan puluhan juta dollar untuk R&D dalam menghasilkan setiap produk Herbalife dan R&D ini dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa. Herbalife juga menggunakan khidmat doktor² pakar yang terkenal kerana penyelidikan mereka yang terbukti telah membantu ramai manusia seperti Dr. Luis Ignarro yang telah memenangi anugerah Nobel Laurette dalam bidang perubatan dan ramai lagi doktor² pakar seangkatan Dr. Ignarro dalam barisan penyelidik Herbalife.

Menukarkan bahan kimia dan bahan pengawet kepada nutrisi untuk dibekalkan kepada sel² badan tidak hairanlah mengapa Herbalife kini menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh rakyat di 88 buah negara diseluruh dunia.

Jawapan pertanyaan 2
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang  menjadi punca kegagalan kepada pengguna Herbalife.

(Pertama)
Pengguna sendiri gagal mengambil produk Herbalife mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jurulatih mereka. Pengalaman kami sendiri apabila ditanya mereka akan  memberikan alasan tidak sempat, sedangkan penyediaan seperti shake amat mudah dan hanya memerlukan kurang dari 3 minit sahaja.

(Kedua)
Pengguna kurang minum air masak dengan alasan kerap terkencing atau mempercayai cerita² tidak berasas seperti minum air masak dengan banyak akan membahayakan kesihatan. Tuan² & puan² tidak pernah saya mendengar lagi berlakunya kes kematian akibat minum air masak dengan banyak. Kami juga tidak memaksa pengguna minum air masak 2-3 liter sekali minum tetapi kami menganjurkan setiap 25kg berat badan mereka perlu minum 1 liter air masak dalam tempoh 8 jam. Cuba anda lihat warna buangan air kecil anda, adakah ia bewarna keruh atau jernih? jika berwarna keruh jelas sekali anda perlu minum lebih banyak air supaya badan dapat membersihkan perut anda melalui proses pembuangan air besar atau kecil.

(Ketiga)
Ini adalah yang paling sukar dilakukan oleh pengguna² Herbalife. Menghadiri aktiviti² yang dijalankan oleh Jurulatih dan syarikat Herbalife sendiri. Masyarakat selalu beranggapan bahawa Jurulatih cuba menarik mereka menjalankan perniagaan Herbalife dengan membawa mereka ke program² Herbalife. Sebenarnya kenyataan ini kurang tepat kerana tujuan kami membawa pengguna ke program² Herbalife supaya dapat memberi pendedahan kepada pengguna perkongsian² daripada mereka yang telah berjaya mendapatkan hasil yang positif. Mungkin pengguna dapat berkenalan atau menimba sedikit ilmu pengetahuan dari rakan² yang sama latar belakang kerjaya dan kehidupan seperti mereka. Pengguna juga sukar mengikuti aktiviti seperti senaman bersama, aktiviti sukan seperti bermain badminton dan sebagainya. Aktiviti² ini amat penting supaya pengguna dapat berkumpul bersama² dengan orang² yang positif dan masing² akan memberikan sokongan diantara satu sama lain. Mengikut pengalaman kami 80% pengguna berjaya mendapatkan hasil yang mereka inginkan apabila mereka mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan dan yang selebihnya gagal kerana mereka sering berhenti ditengah jalan.

Kami sebagai jurulatih merasa sangat sedih dan ralat sekiranya pengguna tidak meneruskan program mereka bukan kerana keuntungan tetapi kerana wang dan usaha yang mereka telah korbankan. Kami sendiri sebagai jurulatih tidak pernah meminta bayaran untuk perkhidmatan kami. Memadailah para pengguna membayar kami dengan mendapat hasil yang positif dan mendapat berat ideal atau kesihatan yang para pengguna sendiri impikan.

Jawapan pertanyaan 3
Seseorang itu hanya layak membeli secara online dengan syarikat Herbalife apabila mereka telah mendaftar sebagai dengan syarikat Herbalife.

Potongan harga juga terbuka kepada mereka yang mendaftar dan dari segi potongan harga ia bergantung kepada program² yang dibeli oleh pengguna. Sila lihat contoh dibawah, dan senarai dibawah adalah apa yang dikeluarkan oleh syarikat Herbalife Malaysia sendiri untuk mereka yang telah mendaftar dengan syarikat Herbalife.

Bayaran ahli : RM94 dan perlu disertakan satu salinan kad pengenalan.

Ahli/Pengedar : 25% potongan harga untuk program 1-4 bulan (dalam satu resit)
Ahli/Pengedar VIP (Senior Consultant) : 35% potongan harga untuk 5 bulan (dalam satu resit)
Ahli/Pengedar VVIP (Success Builder) : 42% potongan harga untuk 10 bulan program (dalam satu resit) *potongan 42% untuk bulan pertama sahaja dan akan turun ke 35% untuk bulan berikutnya.
Ahli/Pembina Kerjaya : 42% potongan harga untuk 25 bulan program (dalam satu resit)
Ahli/Penyelia : 50% potongan harga untuk 40 bulan program (dalam satu resit)

Suka kami mengingatkan masyarakat agar tidak membeli dengan pihak² yang menawarkan potongan harga tanpa perlu mengikut program kerana mereka sebenarnya telah melanggar undang² yang telah ditetapkan syarikat. Pihak² ini juga tidak akan memantau pengguna kerana mereka bukan jurulatih tetapi pihak yang cuba mencari keuntungan dengan mengejar Volume Point sahaja.

Pihak kami memandang berat dan tidak akan membantu melatih mana² pengguna yang telah membeli dengan pihak² yang tidak bertanggungjawab ini. Kami sebagai jurulatih Herbalife tidak pernah meminta yuran mahupun bayaran jurulatih tetapi cukuplah sekadar mematuhi unndang² yang telah ditetapkan Herbalife dan mengikuti aktiviti dan jadual yang kami sediakan khas untuk anda.
Dalam kesempatan ini juga kami ingin menjemput semua yang baru merancang untuk menggunakan produk Herbalife atau mereka yang berminat untuk  menjadi Jurulatih dan Pengedar Bebas Herbalife ke Majlis pembukaan Kelab Nutrisi Slim & Fit kami bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang, pada tarikh 7 September 2013, sila rujuk alamat kelab kami seperti dibawah :

Slim & Fit Nutrition Club,
2-2-11, Kondo Rakyat Desa Pantai,
Jalan Pantai Murni 2,
Pantai Dalam 59200,
Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran sila hubungi : 0123192087 (Zue) 0122469704 (Ihsan)



Wednesday, December 26, 2012

Herbalife Sihat, Selamat & Tiada Keraguan

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah menghantarkan pertanyaan kepada kami. Disini saya ingin mengingatkan anda semua supaya Join This Site "My Friends" untuk medapatkan makluman balas dari pihak kami.


1. Saya sebelum ini pernah makan Herbalife pada tahun 2009.Tetapi saya stop sebab rasa Mahal dan boleh maintain sendiri tanpa herbalife.Secara jujurnya saya salah kerana selepas tidak memakan badan saya naik.Saya telah membaca artikel2 yg anda tulis dan sama dengan apa yg berlaku dengan saya. Setelah setahun lebih saya meninggalkannya saya rasa ingin kembali menggunakkannya,Memang terbukti berkesan product ini pada saya,


Soalan saya:-

a) Berapa sukataan/Aturan jumlah barang makanan yg perlu diambil setiap hari breakfast,lunch and dinner.
Pengambilan sukatan/aturan makanan yang perlu diambil bergantung kepada tugas seharian individu itu sendiri. Secara amnya sarapan anda haruslah bermula dengan Herbalife, tengahari perlu mengambil makanan yang rendah kalori dan petang/malam perlu mengambil Herbalife semula. Suka saya nasihatkan anda agar membeli dengan pengedar Jurulatih agar mereka dapat membantu anda dan memberi nasihat dan garis panduan yang lebih terperinci. Elakan dari membeli secara diskaun kerana dikhuatiri anda tidak akan dilatih oleh pengedar tersebut.


b) Berapakah jangka permakanan yg perlu saya ikuti utk pernurunan 40kg agar saya tidak membazir membeli dengan harga diskaun borong?
Sekiranya anda ingin menurunkan lebih 40kg sebaik-baiknya bermula lah dengan 10 bulan program.

c) Apakah barang yg perlu saya gunakan utk berat 104kg ini.Mereka mensyorkan F1,Tea,Omega,Aloe and NW.

Ya, semua diatas boleh digunakan untuk membantu anda. Produk asas untuk program penurunan berat badan adalah Formula 1, Formula 3, Tea Mix dam Aloe. Namun di ingatkan setiap Jurulatih mempunyai program diet yang berbeza-beza.


2. betulkah kalau kita terus berhenti consume herbalife after achieved our desired results akan membuatkan berat badan naik kembali ? (eventhough saya mmg dah amalkan pemakanan sihat n exercise regularly ) saya buntu.. please help me :-(

Berhenti mengambil produk Herbalife setelah mendapat berat badan ideal tidak akan mempengaruhi berat badan anda. Cuba anda semak kembali apakah amalan pemakanan anda seharian? Sekiranya anda mengambil pemakanan yang mengandungi kadar kalori yang tinggi tetapi penggunaan kalori seharian anda rendah atau kadar metabolisme anda rendah sudah pasti kalori yang gagal dibakar akan bertukar menjadi lemak.


3. Saya telah menggunakan start now pack hampir 2 bulan bagi menguruskan badan. Namun berat saya hanya turun sebanyak 4 kg.Saya hanya makan nasi waktu tgh.Sarapan saya mengambil shake.Waktu malam hanya makan biskut cracker.Kadang-kadang ambil shake.Saya tidak bersenam hanya banyak melakukan aktiviti dalam rumah seperti mengemas rumah dan sebagainya.Saya meminum teh sebanyak 4 liter setiap hari.Saya tidak ada coach.Hanya apa yang saya buat tidak tahu betul atau tidak.

Mengapa anda tidak mempunyai Jurulatih? sila berjumpa dengan orang yang menjual produk Herbalife kepada anda. Jika anda ingin mendapatkan khidmat saya anda boleh hubungi saya di 0123192087, ada beberapa perkara yang perlu saya pastikan dengan anda sebelum saya boleh menjadi Jurulatih anda agar saya tidak melanggar etika Herbalife.




http://herbalifecoaching.blogspot.com
Pengiktirafan IFANCA


4. sy nak tanya adakah herbalife ini di iktiraf..dan berapa harga produk ini..sy mahu kuruskan badan...harap dapat membantu..sy nak tanya dulu..

Ya, produk Herbalife di iktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di 88 buah negara diseluruh dunia. Setiap produk yang dibawa masuk mestilah melalui proses pemantauan dan perlu mendapat kelulusan kementerian yang berwajib di sesebuah negara yang terlibat


5. saya ada beli produk Herbalife untuk kawan-kawan.saya order online.baru-baru ini saya order cell u loss. tapi produk ni dalam botol tulisan Cina mungkin produk dari China dan bukan made in USA seperti yang saya selalu beli. adakah produk tersebut original?

Boleh saya tahu produk yang dibeli secara online dilaman web apa? Saya nasihatkan saudari agar mendapatkan produk Herbalife dari Pengedar dan Jurulatih yang berdaftar sahaja bagi mengelakan sebarang penipuan. Sila hubungi saya di 0123192087 (Zue) jika anda ingin membeli dengan cara yang lebih selamat.


6. adakah saya boleh mengekalkan berat badan tanpa minum herbalife. sebab sekarang sy dah achieved berat badan ideal sy,

Ya, anda boleh mengekalkan berat badan anda sekiranya anda tahu jumlah kalori dan nutrien yang anda perlukan seharian. Jumlah yang berlebihan akan menghasilkan lemak berlebihan tetapi jika berkurangan ia boleh meneybabkan badan anda lemah atau boleh mengurangkan kadar metabolisme dalam badan anda. Kekurangan kadar metabolisme turut memberi kesan kepada proses pembakaran lemak.



http://herbalifecoaching.blogspot.com
Kegunaan Hiasan Sahaja


7. adakah produk Herbalife mengurangkan keberkesanan pil perancang Yasmin?

Maaf, saya tida dapat menjawab persoalan anda, anda boleh merujuk kepada pakar perubatan. Apa yang boleh saya kongsikan kepada anda, Herbalife adalah 100% nutrisi. Ia membekalkan jumlah nutrien yang secukupnya untuk keperluan badan kita seharian.


Bagi mereka yang belum mendaftar dan ingin mendapatkan produk Herbalife sila maklumkan kepada saya 0123192087 (Zue). Elakan dari membeli secara diskaun kerana bimbang produk yang dibekalkan tidak memberi kesan samada dari segi penggunaan atau kualiti produk itu sendiri.

Wednesday, September 26, 2012

Herbalife dan Kesihatan

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada para pembaca yang telah menghantar pertanyaan kepada saya. Kepada mereka yang belum mendaftar dengan kami untuk update boleh mendaftar disini, bagi mendapatkan jawapan dari persoalan anda dan update terbaru dari kami. Bagi mereka yang telah mendapat hasil dari Herbalife amat digalakan untuk menghantar komen didalam pos kami agar dapat menjadi rujukan pembaca yang lain.

1. Saya ingin menurunkan berat badan dalam masa yang singkat dan peruntukan saya terhad,bagaimana?
Bagi makluman anda Herbalife bukan ubat kurus tetapi makanan gantian yang membekalkan nutrisi pada badan seseorang. Tempoh penurunan berat badan bergantung pada keadaan seseorang seperti kadar metabolisme badan. Saya tidak suka menabur janji-janji manis, apa yang ingin saya katakan adalah berdasarkan fakta dan pengalaman saya. Mustahil sekiranya anda telah meniympan lemak selama berpuluh-puluh tahun, berpuluh-puluh kilo untuk hilang dalam masa yang singkat. Mustahil untuk anda meningkatkan kesihatan anda ketahap terbaik dalam masa yang singkat sedangkan selama ini anda beri badan anda terlalu banyak toksid dan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang. Mengikut kajian oleh pakar-pakar di Herbalife, tempoh sel-sel badan membentuk sel-sel baru secara kesluruhan mengambil masa 6 bulan bagi nutrisi Herbalife dan 1-5kg sebulan secara purata bagi penurunan dan kenaikan berat badan (setiap individu berbeza). Dari segi kos, bergantung pada kemampuan individu dan jurulatih anda.

Herbalife VS Obesity
http://herbalifecoaching.blogspot.com


2. Anak saya obesiti, adakah produk Herbalife sesuai untuk anak saya?
Produk Herbalife sesuai untuk semua lapisan masyakat kerana produk Herbalife adalah 100% nutrisi. Maaf saya katakan kebanyakan ibu bapa risau dengan berat badan anak mereka tetapi mereka sendiri tidak mengawal pemakanan anak-anak mereka. Cuba elakan pengambilan makanan segera, berlemak dan berminyak, lebihkan sayur-sayuran dan air yang secukupnya. Amalkan produk Herbalife mengikut jadual dan minum air secukupnya.

3. Saya dah beli produk dan saya nak dapatkan khidmat nasihat macamana nak guna.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada anda, kepada mereka yang telah membeli produk dengan mana-mana pengedar atau laman web dengan discounting. Sila dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang menjual. 

4. Saya ada kencing manis, boleh tak Herbalife membantu saya?
Ya boleh, Herbalife boleh membantu anda. Dengan pengambilan produk Herbalife dan jadual dari jurulatih ia akan menstabilkan jumlah penggunaan gula secara tidak langsung mengawal kandungan gula didalam badan anda. Herbalife juga terbukti berkesan didalam meningkatkan kesihatan badan termasuk mereka yang mengidap masalah gula berlebihan.

5. Sebelum ini saya ada masalah darah tinggi dan stress, selepas menggunakan Herbalife stress saya kembali normal dan darah tinggi saya menurun. Tetapi selepas saya berhenti kedua-dua masalah saya naik kembali, kenapa?
Punca kedua-dua masalah ini kembali selepas anda berhenti mengamalkan Herbalife adalah kerana keadaan kehidupan anda seperti tekanan kerja, makanan yang tidak seimbang, makan tidak menentu masa, kekurangan air dalam badan dan rehat yang tidak mencukupi. Herbalife berfungsi meningkatkan kesihatan badan seseorang, dalam tempoh pengambilan juga,Herbalife bertindak sebagai agen yang membekalkan nutrisi didalam badan anda dan membantu menggantikan sel-sel yang sakit kepada sel-sel yang sihat. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan dengan pola kehidupan yang mencabar, badan mereka memerlukan sokongan tambahan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya masalah kesihatan anda berulang selepas berhenti menagamalkan Herbalife. Sayangi badan anda dengan membekalkan nutrisi yang sihat. Remember "Herbalife is not a medicine so it dosent cure, Herbalife is a Replacement Nutritions Foods and it will improve your health". Bukan hari ini kita makan esok kita sakit, ia mengambil masa untuk sakit. Begitu juga jika kita nak sihat dan meningkatkan kesihatan kita, ia juga memerlukan masa.

Kepada para pembaca dan bakal pengguna Herbalife dinasihatkan memilih pengedar dan jurulatih yang aktif. Dont assume sesuatu yang mustahil, anda harus ingat setiap perkara perlukan masa untuk perubahan. Kami sedia membantu anda, tetapi anda harus membantu diri anda jua.

Thursday, September 20, 2012

Herbalife Independent Malaysia

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk pertanyaan yang dihantar kepada saya dan saya akan cuba menjawab persoalan anda sebaik mungkin. Sebelum itu suka saya ingatkan pada para pembaca supaya mendaftar sebagai Rakan Herbalife Coaching bagi mendapatkan maklumat dan posting terkini dari pihak kami.

1. Apakah kebaikan produk-produk herbalife?
 Dibawah adalah link yang menerangkan kebaikan produk-produk Herbalife.
- F1 Nutrition Mix Powder
- F3 Whey Protein Powder
- Tea Mix
- Herbal Aloe Concentrate
- Omega 3 Fish Oil
- NW Formula
Produk-produk Herbalife adalah hasil kajian dari Pakar-pakar pemakanan dan kesihatan yang terbaik didunia. Produk herbalife juga menggunakan bahan-bahan yang paling berkualiti dimana tanaman bagi pertanian dikawal oleh Herbalife untuk memastikan mutu dan kualiti hasil tanaman tersebut.

2. Berapa harga herbalife produk?
Bagi persoalan ini kami memohon maaf kerana kami tidak dapat menyenaraikan harga bagi setiap produk. Namun begitu sekiranya saudara dan saudari berminat untuk mendapatkan harga produk boleh maklumkan kepada saya.

3. Apakah produk yang sesuai untuk saya?
Pengambilan produk bergantung kepada individu itu sendiri, kami tidak dapat advice pengguna sekiranya tidak mengetahui beberapa maklumat dari pengguna. Kami tidak akan advice pengguna terhadap sesuatu produk Herbalife sekiranya produk tersebut tidak diperlukan. Oleh itu kerjasama dari saudara dan saudari untuk berhubung dengan kami, kami bersedia membantu anda.

4. Perlukah saya bersukan atau bersenam sepanjang tempoh penggunaan Herbalife?
Saudara dan saudari masih boleh mendapatkan hasil dengan pengambilan produk Herbalife tanpa aktiviti bersukan dan bersenam. Namun begitu kami amat menggalakan sekiranya saudara dan saudari dapat bersukan dan bersenam kerana ia dapat membantu mempercepatkan dan mempertingkatkan kesan dalam penurunan berat badan.

5. Saya ada masalah kesihatan dan mengambil ubat doktor, boleh atau tidak saya mengamalkan Herbalife?
Produk Herbalife adalah 100% nutrisi bukan ubat. Sesetengah ubat akan berlaku tindak balas dengan ubat-ubat yang lain. Oleh sebab itu Pegawai kesihatan anda tidak membenarkan anda mengambil ubat yang lain tanpa mendapat kebenaran Pegawai perubatan. Namun ia berbeza dengan Herbalife dimana produk Herbalife adalah 100% nutrisi. Namun begitu sekiranya saudara dan saudari sedang mengambil ubat dari Pegawai Kesihatan dan mendapat arahan tidak membenarkan mengambil sebarang makanan gantian, saudara saudari dinasihatkan rujuk semula Pegawai kesihatan tersebut.

Pregnant and Herbalife
http://herbalifecoaching.blogspot.com


6. Saya sedang mengandung, adakah ia memberi kesan pada kandungan saya jika mengamalkan Herbalife?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ketika saya mengandung saya mengambil produk Herbalife dan kesanya kandungan saya mendapat nutrisi yang baik. Dan lebih mengujakan apabila dilahirkan bayi saya tidak mengalami masalah kekuningan seperti bayi-bayi ibu yang lain. Dari pengalaman saya kesan pada kandungan bergantung dari pengambilan makanan yang diambil oleh ibu itu sendiri, sekiranya makanan yang diambil tidak berkhasiat pasti akan memberi kesan yang negatif tetapi jika makanan yang diambil adalah nutrisi dan makanan yang sihat pasti akan memberikan kesan yang positif pada bayi dikandungkan. Ketika saudari mendapatkan produk Herbalife dari pengedar-jurulatih sila maklumkan kepada mereka keadaan dan situasi saudari. Oleh itu elakan dari membeli dengan laman web yang memberi diskaun kerana dikhuatiri mereka tidak akan membimbing saudari dan memberi nasihat yang diperlukan.

Jika ada sebarang pertanyaan sila maklumkan kepada saya, saya akan cuba memnatu saudara dan saudari. Untuk makluman semua kami akan mengadakan Program Herbalife Customer Day pada 23 September 2012, jam 8.00pagi di Shah Alam. Jika saudara dan saudari berminat untuk turut serta sila maklumkan kepada saya untuk tempahan tiket dan tempat. Sila hubungi/sms saya di 0123192087 atau emailkan pada saya di zueoutlet@yahoo.com selewat-lewatnya hari Jumaat 21hb atau Sabtu 22hb September 2012.

Friday, September 14, 2012

Pengguna dan Pengedar baru

Herbalife Independent Distributor
http://herbalifecoaching.blogspot.com

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Bismillahhirrahmanirrahim, saya ada menerima beberapa pertanyaan favorites  berkaitan Herbalife.

1) Jika saya berhenti mengambil Herbalife setelah mendapat berat badan yang ideal adakah berat badan saya akan naik atau turun secara mendadak?
Jawapan :
Setelah anda mendapat berat badan yang ideal kemudian anda berhenti mengamalkan Herbalife,ia tidak akan mempengaruhi berat badan anda. Akan tetapi setelah anda mendapat berat badan yang ideal dan mengamalkan tabiat lama seperti makan minum yang tidak terkawal, pengambilan kalori secara berlebihan dan tidak mengamalkan makanan yang seimbang dan mengamalkan kehidupan secara sihat sudah pasti ia akan mempengaruhi berat badan anda.

2) Jika saya minum herbalife berapa lama saya boleh dapat berat badan yang ideal?
Jawapan :
Tempoh hasil seseorang bergantung pada kemampuan individu itu sendiri, contohnya seperti jumlah metabolisme badan mereka,cara pengamalan produk herbalife, jumlah pengambilan air, disiplin diri mengikut dan mengamalkan jadual dari jurulatih, faktor pekerjaan, faktor umur dan beberapa faktor lain. Apa yang boleh saya katakan secara puratanya anda mampu kurangkan 1-5kg dalam masa sebulan dan mungkin lebih. Dari pengalaman saya sendiri sebagai jurulatih ada pelatih saya yang turun 1kg,2kg,3kg sehingga 15kg dalam masa sebulan dan setiap mereka mempunyai disiplin yang berbeza², nasihat saya dapatkan dari pengedar merangkap jurulatih bukan dari pengedar merangkap jurujual.

3) Bagaimana nak buat bisness dengan herbalife?
Jawapan :
Perniagaan Herbalife adalah sangat mudah dimana anda cuma perlu mendaftar sebagai pengedar bebas RM98 untuk melayakan anda menjalankan perniagaan di 84 buah negara diseluruh dunia. Setelah bergelar pengedar anda layak mendapat potongan harga dari 25% sehingga 50% (tertakluk pada terma dan syarat)

4) Dulu saya dah pernah daftar, boleh tak saya daftar dengan saudari sekarang?
Jawapan :

Bagi mereka yang telah mendaftar kurang dari setahun tidak boleh mendaftar dengan pihak lain. Syarat pendaftaran baru mesti melebihi 1 tahun (cooling period) dari pendaftaran sebelum.

5) Dimana saya boleh dapatkan produk Herbalife dikawasan saya?
Anda boleh dapatkan produk herbalife dari mana² pengedar yang berdaftar, atau anda boleh hubungi saya. Sekiranya tiada pengedar berdaftar dibawah seliaan saya dikawasan anda maka anda boleh dapatkan produk terus dari saya.

6) Siapa sebenarnya jurulatih saya?
Setiap pengedar yang menjual produk kepada anda adalah jurulatih anda. Oleh itu dapatkan dari pengedar-jurulatih bukannya pengedar-jurujual". Pengedar-jurujual hanya memberi discounting demi mengejar point sahaja tetapi mereka tidak akan melatih anda. Anda harus ingat jika mereka boleh melanggar etika syarikat sudah pasti mereka tidak akan bertanggungjawab untuk melatih anda. Anda mungkin boleh mendapatkan hasil dengan belian harga murah tanpa jurulatih untuk tempoh 3-4 tathun. Tetapi anda lebih bijak jika mendapatkan hasil dalam tempoh 1-2 tahun dengan jurulatih. 

Suka saya ingatkan supaya bijak memilih jurulatih mahupun rakan kongsi perniagaan didalam Herbalife. Carilah mereka yang aktif dan bertanggungjawab supaya anda boleh terus bergerak kehadapan.

Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh maklumkan kepada saya, saya akan cuba menjawab persoalan anda dalam posting yang akan datang.

Tuesday, May 1, 2012

Heart Health Q&A with Dr. Gratton

Heart Health Q&A with Dr. Gratton  


Heart Health Q&A with Dr. Gratton
By Luigi Gratton M.D., M.P.H.



Q: What is Alpha Lipoic Acid and how does it support the heart?

A: Alpha Lipoic Acid (ALA), an ingredient in Niteworks®, is a potent antioxidant first discovered in the 1950s and later recognized in 1988 for a variety of health-promoting activities. ALA works in the mitochondria, the body's energy-producing cells, where it has been shown to protect the DNA from damage. Many antioxidants, like Vitamin C, work well in areas of the body where there is water, while others, like Vitamin E, work well in areas of fat. ALA has the unique capability to work in both water and fat, and, moreover, helps to recycle our natural Vitamins C and E. In the heart, ALA helps protect the cardiovascular system from free radical damage.

Q: If Nitric Oxide is a gas, why does Niteworks® come in powder form?

A: Herbalife developed Niteworks® with Dr. Lou Ignarro* Laureate in Medicine. Dr. Ignarro's research showed that Nitric Oxide helps to keep blood vessels toned, flexible and youthful for improved circulation. His research further showed that Nitric Oxide enhances blood flow, supporting function of the heart, brain and other organs. His additional research has shown that the combination of two amino acids, L-Arginine and L-Citrulline, helps to support Nitric Oxide production in the body. Herbalife helped develop Niteworks® as a powder with these two amino acids. This product also contains Alpha Lipoic Acid and Vitamin E for antioxidant protection.†

Q: How does garlic contribute to cardiovascular health?

A: Garlic has long been recognized as a high-quality supplement to support healthy circulation and a healthy heart. One of the key active components is called Allicin, which helps to support cholesterol lowering, antioxidant, blood thinning and antimicrobial activity. Garlic supplements should be specially coated to be effective because stomach acid inhibits activity. Herbalife developed Mega Garlic Plus with an enteric coating to safely pass through the stomach for full absorption.†

Dr. Gratton also serves as Vice President of Medical Affairs and Education at Herbalife.

* The Nobel Foundation has no affiliation with Herbalife and does not review, approve or endorse Herbalife® products. †These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Bone Health: The Hard Truth About Brittle Bones Heart Health Q&A with Dr. Gratton Heart Health Q&A with Dr. Ignarro Soy Power What Nitric Oxide can do for Your Health Unwind the Mind Eat Your Fruits & Veggies Gassing Up PreviousView AllNext

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.