| http://herbalifecoaching.blogspot.com |
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bismillahhirrahmanirrahim, saya ada menerima beberapa pertanyaan favorites berkaitan Herbalife.
1) Jika saya berhenti mengambil Herbalife setelah mendapat berat badan yang ideal adakah berat badan saya akan naik atau turun secara mendadak?
Jawapan :
Setelah anda mendapat berat badan yang ideal kemudian anda berhenti mengamalkan Herbalife,ia tidak akan mempengaruhi berat badan anda. Akan tetapi setelah anda mendapat berat badan yang ideal dan mengamalkan tabiat lama seperti makan minum yang tidak terkawal, pengambilan kalori secara berlebihan dan tidak mengamalkan makanan yang seimbang dan mengamalkan kehidupan secara sihat sudah pasti ia akan mempengaruhi berat badan anda.
2) Jika saya minum herbalife berapa lama saya boleh dapat berat badan yang ideal?
Jawapan :
Tempoh hasil seseorang bergantung pada kemampuan individu itu sendiri, contohnya seperti jumlah metabolisme badan mereka,cara pengamalan produk herbalife, jumlah pengambilan air, disiplin diri mengikut dan mengamalkan jadual dari jurulatih, faktor pekerjaan, faktor umur dan beberapa faktor lain. Apa yang boleh saya katakan secara puratanya anda mampu kurangkan 1-5kg dalam masa sebulan dan mungkin lebih. Dari pengalaman saya sendiri sebagai jurulatih ada pelatih saya yang turun 1kg,2kg,3kg sehingga 15kg dalam masa sebulan dan setiap mereka mempunyai disiplin yang berbeza², nasihat saya dapatkan dari pengedar merangkap jurulatih bukan dari pengedar merangkap jurujual.
3) Bagaimana nak buat bisness dengan herbalife?
Jawapan :
Perniagaan Herbalife adalah sangat mudah dimana anda cuma perlu mendaftar sebagai pengedar bebas RM98 untuk melayakan anda menjalankan perniagaan di 84 buah negara diseluruh dunia. Setelah bergelar pengedar anda layak mendapat potongan harga dari 25% sehingga 50% (tertakluk pada terma dan syarat)
4) Dulu saya dah pernah daftar, boleh tak saya daftar dengan saudari sekarang?
Jawapan :
Bagi mereka yang telah mendaftar kurang dari setahun tidak boleh mendaftar dengan pihak lain. Syarat pendaftaran baru mesti melebihi 1 tahun (cooling period) dari pendaftaran sebelum.
5) Dimana saya boleh dapatkan produk Herbalife dikawasan saya?
Anda boleh dapatkan produk herbalife dari mana² pengedar yang berdaftar, atau anda boleh hubungi saya. Sekiranya tiada pengedar berdaftar dibawah seliaan saya dikawasan anda maka anda boleh dapatkan produk terus dari saya.
6) Siapa sebenarnya jurulatih saya?
Setiap pengedar yang menjual produk kepada anda adalah jurulatih anda. Oleh itu dapatkan dari pengedar-jurulatih bukannya pengedar-jurujual". Pengedar-jurujual hanya memberi discounting demi mengejar point sahaja tetapi mereka tidak akan melatih anda. Anda harus ingat jika mereka boleh melanggar etika syarikat sudah pasti mereka tidak akan bertanggungjawab untuk melatih anda. Anda mungkin boleh mendapatkan hasil dengan belian harga murah tanpa jurulatih untuk tempoh 3-4 tathun. Tetapi anda lebih bijak jika mendapatkan hasil dalam tempoh 1-2 tahun dengan jurulatih.
Suka saya ingatkan supaya bijak memilih jurulatih mahupun rakan kongsi perniagaan didalam Herbalife. Carilah mereka yang aktif dan bertanggungjawab supaya anda boleh terus bergerak kehadapan.
Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh maklumkan kepada saya, saya akan cuba menjawab persoalan anda dalam posting yang akan datang.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)