Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Nutrisi Selular. Show all posts
Showing posts with label Nutrisi Selular. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Herbalife, pengurusan berat badan dan pelengkap nutrisi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, kami bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih dianugerahkan dengan nikmat Iman dan Islam. Kami juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih diberi peluang untuk membantu lebih ramai insan yang mengharapkan perubahan didalam kehidupan mereka.

Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Setelah kami sekeluarga mengamalkan produk Herbalife sejak beberapa tahun ini, kami dapat merasakan Herbalife adalah suatu medium yang paling berkesan dan mudah diamalkan dalam kehidupan yang serba pantas ini selepas kehidupan secara sunnah, mengapa? Jika dilihat kehidupan masyarakat pada hari ini, rata-ratanya mereka lebih cenderung memilih, melakukan dan mengamalkan sesuatu perkara dengar kadar segera. Sebagai contoh memilih makanan segera berbanding makanan lengkap, minum minuman segera seperti air kotak dan tin, penggunaan smart tag dijalan raya, lebih suka menggunakan lif tidak menggunakan tangga, alat senaman eletronik seperti mesin yang menggunakan arus eletrik tanpa perlu keluar beriadah dan banyak lagi contoh-contoh yang dapat di lihat pada hari ini. Bertindak cepat sentiasa memberi peluang yang lebih baik kepada pengamalnya, namun begitu adakalanya kita masih mampu membuat pilihan yang lebih bijak.

Herbalife, pengurusan berat badan dan pelengkap nutrisi. Mungkin ramai yang masih keliru atau tidak pasti siapa sebenarnya yang memerlukan produk Herbalife? apa itu produk Herbalife? dan mengapa ramai pengguna memilih produk Herbalife?

Produk Herbalife sesuai digunakan oleh individu yang memerlukan suatu kaedah pengurusan berat badan dengan tempoh penyediaan yang cepat tetapi mengandungi 55 nutrisi dan 18 asid amino bagi setiap 1 sajian. Herbalife juga sesuai bagi individu yang ingin melengkapkan pengambilan nutrisi setiap hari dan produk Herbalife juga amat sesuai untuk setiap individu yang mengutamakan pengambilan nutrisi didalam kehidupan mereka. Dari pengalaman kami, mengamalkan nutrisi ketika sedang mengandung dapat membekalkan nutrisi tambahan pada kandungan. Ketika sedang menyusukan bayi pula, kami dapati bayi lebih kerap menyusu kerana susu badan terasa lebih pekat ketika mengamalkan nutrisi Herbalife.



Produk Herbalife adalah hasil kajian para saintis yang terkemuka diseluruh dunia, setiap produk Herbalife yang dihasilkan dan dipantau sepenuhnya bermula dari peringkat pembenihan sehingga ke peringkat penghantaran kepada pengedar dimana sebanyak 14 peringkat saringan dilakukan sebelum produk Herbalife diguna pakai oleh pengguna akhir. Mungkin bagi sesetengah pihak usaha seperti ini sudah pun dikatakan hebat, tetapi ia masih tidak memadai buat syarikat Herbalife. Syarikat Herbalife begitu komited terhadap peningkatan kualiti produk yang dikeluarkan, sehubungan dengan itu kajian dan penyelidikan yang berterusan sentiasa dijalankan oleh doktor-doktor pakar dan para saintis yang terpilih. Bimbang dengan hasil tani yang tidak menepati piawaian Herbalife, syarikat Herbalife mempunyai ladang bagi setiap hasil tani yang digunakan dan apa yang lebih meyakinkan setiap tanaman di tanam di negara-negara yang berbeza bagi memastikan iklim, kesuburan tanah dan bentuk muka bumi sesuai untuk setiap tanaman produk Herbalife. Dari segi teknologi pula, syarikat Herbalife menggunakan kaedah yang paling maju pada abad ini iaitu Selular Nutrisi. Teknologi Selular Nutrisi secara ringkasnya membekalkan nutrisi bagi setiap sel-sel badan dan kaedah ini telah pun di paternkan dari dicetak rompak. Syarikat Herbalife turut membelanjakan ratusan juta dollar untuk tujuan penyelidikan dan teknologi dalam menghasilkan produk Herbalife.

Produk utama Herbalife terdiri dari 5 perasa yang berbeza iaitu cokelat, strawberi, vanilla, tropical fruit dan capuccino. Produk Herbalife sememangnya sangat sedap dan boleh digayakan dengan pelbagai cara seperti campuran buah-buahan, ice blended, chip chocolat, soya, susu segar, jus buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut kreativiti anda. Namun begitu kami menasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat dari jurulatih Herbalife anda sebelum membuat sebarang campuran bagi mengelakan penambahan kalori yang tidak diperlukan dan penggunaan bahan-bahan yang tidak sihat. Kami telah berjumpa dengan ramai individu yang telah mengamalkan produk Herbalife selama lebih 30 tahun dan mereka tidak pernah merasa bosan dan jemu. Bahkan CEO syarikat Herbalife iaitu Micheal O Johnson turut mengamalkan produk Herbalife setiap hari iaitu sebanyak 14 kali pengambilan sehari dan cuba bandingkan dengan apa yang dapat di lihat disekeliling kita pada hari ini, adakah ia sama seperti produk Herbalife?


Bagaimana pula kami mengaplikasikan penggunaan produk Herbalife didalam kehidupan yang serba pantas ini? Sebelum itu cuba kita imbas kembali praktis kehidupan ahli keluarga, rakan serumah dan orang ramai disekeliling kita. Berapa ramai yang sering tergesa-gesa diwaktu pagi sehingga tidak sempat menyediakan sarapan yang berkhasiat? atau mungkin ada yang langsung tidak sempat mengambil sarapan pagi. Adakah anda akan merasa hairan jika kami katakan kami tidak pernah terlepas mengambil sarapan pagi setiap hari. Mudah bagi kami melakukanya kerana penyediaan sarapan pagi dengan Herbalife hanya mengambil masa kurang dari 2 minit sahaja.

Herbalife sangat berbeza dengan produk yang ada dipasaran pada hari ini samada dari segi kualiti mahupun sistem. Penggunaan produk Herbalife lebih kepada penjagaan, pemantauan dan pemerhatian. Penggunaan produk Herbalife mestilah besertakan Jurulatih produk Herbalife berbanding sesetengah produk yang lebih fokus kepada jualan bukan keputusan selepas menggunakanya. Jadi tidak hairanlah produk Herbalife kini memiliki lebih 80 juta testimoni pengguna yang berjaya diseluruh dunia. Angka ini bukanya satu jumlah yang kecil dan hanya produk yang berkualiti dan berkesan sahaja mampu mencapai angka seperti ini dan untuk makluman semua pada hari ini testimoni pengguna produk Herbalife terus meningkat setiap masa.

Kita semua sedia maklum jika mengamalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat ia akan membina keluarga yang sihat, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sanggup melakukanya? Mempunyai ilmu pengetahuan belum tentu mudah untuk mengamalkanya, memiliki kekayaan dan kemewahan bukan jaminan untuk kekal sihat. Jika kita mempunyai ilmu dan kemampuan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain, mengapa kita tidak memanafaatkanya untuk kesihatan. Masyarakat hari ini harus sedar bahawa kesihatan diri bukan tanggungjawab kerajaan, kementerian kesihatan, ibu bapa, suami isteri mahupun anak-anak tetapi ia adalah tanggungjawab diri sendiri. Kesihatan adalah amanah yang Allah s.w.t telah berikan kepada manusia untuk dipelihara dan digunakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.


Apabila anda pergi menziarahi orang yang sedang sakit di hospital, adakah anda sering mendengar mereka berkata alangkah baiknya kalau dapat berjalan, alangkah baiknya kalau aku dapat bangun, alangkah baiknya jika kaki ku tidak dipotong, alangkah baiknya jika aku sihat kembali, alangkah baiknya jika aku dapat makan dan minum seperti orang lain, alangkah baiknya kalau aku dapat pergi ke tandas seperti sedia kala. Semua yang di ucapkan adalah dalam bentuk penyesalan, adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi kehidupan alam barzakh? adakah kita telah menyediakan keperluan yang secukupnya untuk keluarga kita? oleh itu apakah alasan kita tidak menjaga kesihatan?. Kelahiran, kematian, rezeki dan pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t tidak mungkin kita dapat mengawalnya. Tetapi kesihatan adalah pilihan diri sendiri, kita yang merencana pengambilan nutrisi dan aktiviti kehidupan kita. Sanggupkah kita membiarkan keluarga kita merana tanpa ibu ayah disisi mereka? tergamakah kita melihat anak-anak kita merana gara-gara gaya hidup masa kini?

Bukakan mata hati anda dan lihatlah penyelesaian kini ada di depan mata, semua orang mampu mengubah kesihatan kepada yang lebih baik, semua orang mampu berubah kepada kehidupan yang lebih sihat. Herbalife adalah pilihan yang paling bijak bagi pengurusan berat badan dan kesihatan anda dan keluarga.

- Pengedar bebas Herbalife dan Jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -

Tuesday, March 27, 2012

Apa itu Nutrisi Selular?

Apa itu nutrisi?
Secara amnya Nutrisi berbeza dengan makanan kerana makanan adalah sesuatu yang kita makan untuk mendapatkan Nutrisi.dan secara ringkasnya Nutrisi (Nutrien) adalah zat² yang terkandung dalam sesuatu makan. Makanan yang tidak mengandungi Nutrisi adalah "Junk Foods" yang lebih mengandungi bahan² kimia.

Contoh Nutrisi adalah seperti Asid lembap, Asid Amino, Karbon Organik, Boron dan Mineral seperti magnesium, kalsium, Silicon dan Zink.

Manusia memerlukan makanan yang mengandungi Nutrisi yang seimbang dan kalori yang rendah. Namun masyarakat akhir² ini lebih cenderung memakan makanan yang cepat dan ringkas tanpa menghiraukan samada makanan yang dimakan mengandungi kadar nutrisi yang rendah dan kalori yang berlebihan.

Apa itu Nutrisi sel ?
Sel adalah diantara bahagian  yang paling kecil didalam badan manusia, Sel lama akan sentiasa ditukar dan digantikan dengan Sel yang baru dan sihat.
Manakala Nutrisi bukanlah ubat tetapi Nutrisi adalah makanan untuk Sel. Sel memerlukan Nutrisi seimbang bagi membantu perkembangan Sel yang sihat.
Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan Nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap Nutrisi ini berfungsi dengan baik dan mampu melaksanakan 'tugas'nya? Sel yang menyerap Nutrisi ini dikenali sebagai Vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap Nutrisi daripada makanan yang diambil seharian.

Dalam dunia yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai Vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya Vilus kita turut termasuk dalam kategori ini. Malah, mengikut kajian WHO (World Health Organisation), kadar nutrisi dan zat dalam sebiji epal sekarang adalah tidak sama dengan zat dalam sebiji epal pada masa yang lalu!

Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki Vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan Nutrisi Selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini! Suka atau tidak inilah Vilus kita!

Vilus merupakan komponen halus berbentuk seperti jejari yang mana terletak di sepanjang dinding usus. Pada asasnya, ia berfungsi sebagai 'jaga' ie guard, membantu penyerapan lebih banyak Nutrien, Mineral dan Vitamin serta memelihara diri daripada toksin.

Jika Vilus kita sihat, maka mudahlah bagi kita untuk menikmati setiap Nutrisi daripada makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja, proses memperbaiki Sel juga dapat dilakukan dengan baik (proses regenerate), yakni Sel-Sel lama akan diganti dengan yang lebih baik.

Jika sebaliknya, maka tidak hairanlah mengapa kita sentiasa merasa lapar dan makan sahaja. Ini berpunca daripada Vilus yang sangat lapar dan memerlukan Nutrisi.

Secara logiknya, jika kita makan makanan yang berzat dan seimbang , maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita pada hari ini akan berjaya dikurangkan dan masalah ini akan dapat diatasi dengan mengunakan produk Herbalife yang berunsurkan bahan semulajadi.
Apa itu Nutrisi selular ?
Ini adalah konsep baru dalam dunia kesihatan. Cara untuk menjadi lebih sihat dengan 3 proses iaitu :
1. Membersihkan (Cleansing)
Kesihatan ditentukan oleh apa yang masuk ke dalam tubuh, selain apa yang dialami tubuh secara external. Apa yang masuk ke dalam tubuh akan melalui saluran pencernaan (usus, lambung dll).
Apa akan berlaku sekiranya organ tubuh yang digunakan untuk proses pencernaan tersebut kotor, maka tentu saja, kemampuan saluran cerna untuk menjalankan fungsinya menurun (kemampuan digest "cerna").
Kalau kemampuan cerna berkurang, maka makanan yang masuk akan membuat tubuh kenyang, tetapi tentu saja Nutrisi yang diperlukan tubuh tidak mampu diserap dengan sempurna oleh vili-vili halus usus.
Hasilnya mikro Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk regenerasi Sel-Sel tubuh akan kurang dan akhirnya tubuh tidak melakukan proses regenerasi Sel dengan baik.
Kesanya stamina badan turut menurun.
  Oleh itu dengan adanya fungsi cleansing, maka usus dan saluran cerna akan di cuci bagi membantu proses pencernaan.
2. Menyerap (Absorb)
emiliki saluran cerna yang baik, tentu semua makro atau mikronutrisi akan sempuran diserap tubuh.
3. Regenerasi sel (Healing)
Kesimpulanya, jika semua Nutrisi boleh diserap dengan sempurna oleh tubuh badan seseorang, maka Sel-Sel akan dapat di sembuhkan dan diperbarui,hasilnya tentu saja kemampuan untuk melakukan recovery dapat dilakukan dengan lebih cepat terutama apabila ketika badan sakit.


NUTRISI SELULAR PENTING KERANA :
  • Badan kita terdiri daripada seratus trillion sel
  • Sel membentuk tisu
  • tisu membentuk organ
  • Organ membentuk sistem badan
  • Sistem yang bergerak bersama-sama ini mewujudkan kemampuan seorang manusia

MAKSIMUMKAN KESIHATAN ANDA DENGAN NUTRISI SELULAR
Melalui Nutrisi Selular, Nutrien yang menyihatkan dapat membantu memberi khasiat kepada Sel anda dengan gabungan Ekslusif Nutrien berasaskan tumbuhan yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral untuk menyokong fungsi Sel. Dengan cara ini, Herbalife menghantar Nutrien yang menyihatkan kepada Sel dikeseluruhan badan, sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan.Sel-sel adalah unit asas dalam badan manusia, menyediakan tenaga untuk tugas yang anda lakukan. Contohnya, produk kami dirumuskan untuk menyokong Vilus yang sihat, struktur halus bagaikan jari sepanjang dinding usus yang bertindak sebagai "pengawal", membantu badan anda meresap lebih banyak Nutrien, Vitamin dan Mineral, sambil memelihara anda daripada toksin. Lebih sihat Vilus anda maka lebih efisien Sel anda boleh menyerap khasiat dan diri anda menjadi lebih sihat.
HERBALIFE memaksimunkan Nutrisi melalui formula saintifik unik. Gabungan ramuan berkualiti tinggi dan kaedah yang digunakan mengekalkan khasiat Nutriennya. Inilah caranya kami memberi sentuhan peribadi kepada program yang mematuhi kehendak setiap individu...

INILAH KELEBIHAN HERBALIFE!

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.