بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pambaca. Hari ini kami merasa amat teruja apabila pelanggan yang datang minum di kelab kami sudah mula menampakan hasil dan diantaranya adalah makcik Siti yang berumur 63 tahun. Walaupun baru 15 hari mengamalkan nutrisi Herbalife tetapi makcik Siti mengikut jadual pemakanan dan nasihat yang diberikan secara serius. Hasilnya apabila makcik Siti yang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan lemah badan mendapat pujian dari doktor yang merawat bepliau kerana buat pertama kali kencing manis makcik Siti dari 12 turun menjadi 6, darah tinggi kembali normal dan badan semakin sihat dan bertenaga terutama ketika melakukan ibadah solat. Meskipun ramai yang sedia maklum produk Herbalife bukanlah ubat untuk menyembuhkan penyakit kerana secara logik akalnya apabila seseorang itu membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk keperluan badan mengamalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat pastinya kesihatan badan turut meningkat.
Sebagai jurulatih adalah menjadi tanggungjawab kami memantau dan menyediakan jadual pemakanan serta memberi khidmat nasihat yang bersesuaian. Kami menerima banyak permintaan menjadi jurulatih Herbalife, tetapi kami terpaksa menolak sebahagianya kerana apabila seseorang itu telah memiliki atau membeli produk Herbalife maka menjadi tanggungjawab individu yang mengedar produk Herbalife tersebut menjadi jurulatih mereka. Oleh itu sekali lagi orang ramai di nasihatkan supaya mendapatkan atau membeli produk Herbalife dari pengedar Herbalife yang mampu menjadi jurulatih agar tidak timbul sebarang kesulitan dikemudian hari.
Para pengguna yang telah membeli atau mendaftar sebagai ahli digalakan supaya menghadiri hari pelanggan Herbalife atau lebih dikenali sebagai STS. Segala maklumat berkenaan STS boleh didapati di http://www.myherbalife.com atau anda boleh merujuk pengedar atau jurulatih anda.
Apa itu hari pelanggan atau STS? Hari pelanggan atau STS adalah satu hari dimana semua pengguna dan pengedar Herbalife berkumpul dan berkongsi maklumat seperti testimoni kesihatan, cara-cara bagaimana seseorang itu dapat mengamalkan produk Herbalife dengan harga yang lebih murah dan bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan hanya dengan mengamalkan produk Herbalife. Hari pelanggan atau dikenali sebagai STS merupakan acara wajib bagi setiap pelanggan kami dimana pada hari tersebut para pelanggan kami dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama seperti ingin menurunkan berat badan, tambah berat badan, meningkatkan kesihatan mahupun menjana pendapatan sampingan. Pada hari pelanggan juga kami akan memperkenalkan para pelanggan dengan rakan-rakan yang telah mendapat hasil yang positif. Perjumpaan seperti ini amat penting bagi mereka yang benar-benar serius untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ia bukan sahaja dapat memberi ilmu yang bermanafaat malah dapat membentuk minda yang lebih positif dikalangan para pelanggan. Dapat difahami ada diantara pengguna Herbalife yang terpaksa menempuh ujian yang berat terutamanya jika ia datang dari kalangan ahli keluarga. Ujian seperti "boleh ke kau buat", "ala hangat-hangat taik ayam jer kau ni", "tak payah la nak buang duit, kau memang konfirm tak boleh punya" dan banyak lagi ayat-ayat negatif yang dilemparkan. Para pengguna harus keluar dari lingkungan negatif, dan masuk kedalam kumpulan yang lebih positif. Mengikut kajian para saintis, apabila minda seseorang itu sering dimomok-momokan dengan kegagalan. Minda bawah sedar mereka akan bertindak balas dengan momokan kegagalan tersebut dan memberi reaksi kepada minda dan anggota badan untuk lebih cenderung kepada kegagalan. Jika minda seseorang itu sering dihujani dengan perkataan-perkataan positif maka minda bawah sedar akan cenderung ke arah keputusan yang positif.
Baru-baru ini seperti kebiasaan kami membawa pelanggan kami ke hari pelanggan Herbalife dan mereka turut memberi maklum balas yang baik. Para pelanggan kami merasa gembira dengan suasana positif dan merasa lebih bersemangat apabila dapat berjumpa dengan orang-orang yang telah memiliki berat badan ideal dan para pelanggan kami lebih bermotivasi apabila mendapat sokongan moral dari mereka.
Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda sebuah perkongsian dari seorang penternak ayam. Lee Kim Oo nama yang tidak asing lagi dipersada Herbalife Malaysia. Seorang yang merendah diri dan mudah mesra, ketika kami bergambar bersama beliau, Lee Kim Oo tidak pernah lokek dengan senyuma dan kata-kata nasihat. Lee Kim Oo bukan berasal dari keluarga yang mewah dan beliau juga gagal melepasi tingkatan 5. Setelah tamat persekolahan, Lee meneruskan tradisi keluarga menternak ayam. Kata Lee secara berseoroh "kerja bela ayam sangat bosan! hari-hari saya tengok ayam, ayam tengok saya. Hari-hari tengok ayam sampai saya boleh dengar apa ayam cakap..panas...panas....!". Kata Lee lagi, "dalam rumah saya ada pasang itu kelambu. Selalu orang pasang kelambu dekat tempat tidur tapi saya pasang kelambu dekat dapur sebab lalat banyak. Kalau tak pasang kita belum sempat makan lagi, lalat sudah makan dulu". Begitulah diantara kata-kata Lee.
Lee merasa amat bosan dengan kehidupan yang dilaluinya, langsung tiada hari untuk bercuti lebih-lebih lagi pada tahun baru cina. Akhirnya Lee membuat keputusan meninggalkan kerjaya sebagai penternak ayam dan memasuki bidang insurans. Lee bekerja kuat untuk mengubah nasib keluarganya,. Hasil kerja kuat Lee selama 15 tahun bersama insuran, Lee pernah menerima anugerah MDRT atau nama panjangnya Million Dolar Round Table sebanyak 4 kali. Pada masa itu juga pendapatan Lee tidak kurang dari RM20,000. Lee merasakan beliau terpaksa bekerja lebih kuat dan tiada peluang untuk bersara pada waktu itu. Pada suatu hari Lee berjumpa dengan Herbalife dan membuat keputusan untuk mencuba mengamalkan produk Herbalife bagi mengatasi masalah berat badan beliau dan isteri. Herbalife sungguh luarbiasa, apabila mengamalkan Herbalife secara serius beliau dan isteri telah berjaya menurunkan berat badan. Didalam Herbalife juga Lee, melihat satu peluang yang lebih cerah bersama Herbalife. Akhirnya Lee membuat keputusan meninggalkan kerjaya sebagai agen insuran yang berjaya dan beralih arah kepada pengedar bebas Herbalife. Pada masa itu ramai rakan-rakan yang berkata "Mr Lee, sudah gila.. otak sudah rosak" kerana membuat keputusan meningalkan kerjaya RM20,000 sebulan. Lee bukan seorang yang mudah berputus asa dan beliau bekerja keras untuk menempa kejayaan didalam Herbalife. Hari ini Lee hanya menggunakan separuh dari tempoh 15 tahun ketika di insuran untuk memperolehi pendapatan lebih RM200,000 sebulan. Semua rakan-rakan yang mengkritik keputusan Lee pada suatu masa dahulu kini memuji-mujinya sebagai seorang yang hebat. Sepanjang bersama Herbalife, Lee telah melancong lebih 30 buah negara. Pernah suatu masa dalam setahun Lee terpaksa melancong lebih 8 buah negara bersama Herbalife. Dan hampir kesemua perlancongan yang diterima ditaja oleh syarikat Herbalife. Kata Lee, "saya tidak pernah terfikir akan mengalami sebuah kehidupan yang sangat luarbiasa sebelum mengenali Herbalife".
Kami yakin semua orang mampu membuat keputusan yang bijak tetapi tidak ramai yang sanggup keluar dari zon selesa dan mencari peluang yang lebih baik. Orang yang luarbiasa adalah orang yang melakukan sesuatu perkara yang diluar kebiasaan mereka. Ada orang merasakan obesiti adalah perkara biasa, hidup bergantung pada ubat adalah perkara biasa, awal bulan ada duit akhir bulan ikat perut adalah perkara biasa. Orang itu seharusnya keluar dari kehidupan kebiasaan jika mahu menjadi insan yang luarbiasa. Status, keadaan, ekonomi, taraf pendidikan bukan penghalang seseorang untuk berjaya. Apa yang penting mesti serius dan bersedia untuk melakukan perubahan dan melaksanakanya secara berterusan tanpa berputus asa. Kami sentiasa bersedia membantu orang ramai untuk melakukan perubahan, kerana kami yakin setiap orang boleh berubah. Tetapi biarlah batuan yang kami hulurkan sejajar dengan undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh pihak Herbalife. Untuk makluman semua bantuan dan perkhidmatan kami bukan murah, ianya sangat mahal! oleh itu kami tidak mahukan bayaran dari anda. Cukuplah dengan mendengar dan melakukan apa yang dinasihatkan secara serius dan bersungguh-sungguh. Bayarlah kami dengan keputusan kesihatan yang baik dan dengan kejayaan anda.
- Pengedar bebas Herbalife dan jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -


