Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Kisah saya. Show all posts
Showing posts with label Kisah saya. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Perjalanan kami sebelum dan selepas Herbalife

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, "perjalanan kami sebelum dan selepas Herbalife" adalah satu perkongsian bagaimana bermulanya kehidupan kami sebelum dan selepas Herbalife. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini ia dapat memberi keyakinan dan manafaat untuk anda semua di masa akan datang.

Sebelum mengenali Herbalife kami memang sudah meminati dunia perniagaan. Kami yakin pada hadith-hadith nabi, dimana Rasulullah s.a.w telah bersabda "9/10 cabang rezeki adalah dengan berniaga". Hadith dan sunnah nabi juga adalah sumber motivasi dan inspirasi kami sekeluarga. Kami juga mengamalkan bacaan Mutakhab hadith dan Fadhilat amal setiap pagi selepas subuh bersama seluruh ahli keluaga. Aktiviti ini sangat bagus jika diamalkan kerana ia adalah aktiviti yang dilakukan di masjid Nabawi sejak zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Seperti  insan lain, kami tidak mempunyai modal perniagaan yang besar namun itu bukan lah penghalang kami untuk berusaha. Kami suami isteri bermula dengan membuat dadih dan menjaja di tasik-tasik sekitar ampang dan cheras. Pada masa itu kami tidak memiliki kereta dan hanya memiliki sebuah motosikal sahaja. Kami simpan dadih bersama air batu didalam kotak motor, raga dan sebuah bekas untuk dibawa mengelilingi tasik. Kami menjinjit bekas dadih bersama air batu didalamnya bagi memastikan dadih berada dalam keadan sejuk dan berjalan mengelilingi tasik "bang, nak beli dadih bang, sejuk dan memang sedap makan waktu panas² ni, macam-macam perisa ada..seringgit satu je bang" itulah yang kami sering ucapkan apabila melalui pengunjung-pengunjung tasik. Pot-pot pancing dan kedai jualan kereta juga menjadi arah tuju kami pada waktu itu. Ada yang menerima kehadiran kami dan ada juga yang tidak namun begitu, setiap kali ada yang menolak kami bercakap sesama sendiri "kesian dia, tak dapat rasa dadih yang sangat sedap ni" sambil ketawa dan tersenyum sesama sendiri. Kami tidak pernah merasa malu kerana kami yakin rezeki yang kami cari adalah halal walaupun kecil pada pandangan masyarakat namun ia besar buat kami.

Alhamdulillah Allah s.w.t memudahkan urusan kami. Ibu yang tercinta menghadiahkan sebuah kereta kepada kami. Sebenarnya kami bukanlah dari keluarga yang susah, kedua orang tua kami memiliki perniagaan sendiri namun itu bukan suatu alasan untuk kami tidak berusaha. Segala yang dimiliki oleh kedua orang tua kami adalah hasil titik peluh mereka dan kami suami isteri kami harus berusaha untuk memiliki kejayaan sendiri. Dengan modal yang kecil kami menjual dadih dan kami berjaya mengumpul sedikit keuntungan. Kami berniaga pula dihadapan sekolah agama, sekolah menengah, taman tasik dan taman rekreasi dengan menggunakan konsep boot sale, jualan pada bonet kereta. Kami hanya meletakan sebuah meja jika waktu "line clear" iaitu pada masa tiada penguatkuasa, disana kami menjual dadih, sosej dan air minuman.


Apabila tiba akhir tahun, kami akan menjual burger di dataran pada malam tahun baru. Kami juga menyewa tapak bazar ramadhan setiap kali bulan puasa, kami menjual air dan roti john. Sebulan dua sebelum puasa kami akan mempromosikan kuih raya kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Jika ada kuih raya yang tidak habis kami akan buka meja dijalan TAR pada malam raya sehingga pagi raya. Pada masa itu pihak berkuasa tidak mejalankan sebarang operasi, mungkin kerana mereka ingin memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil seperti kami mencari sedikit duit raya.

Setelah suami mendapat pekerjaan tetap segala aktiviti terhenti seketika kerana waktu kerja yang tidak menentu. Dirumah kami mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, dimana kami menjual tudung dan comforter dihalaman rumah dan secara online di http://zuebusana.blogspot.com.

Sehingga pada suatu hari kami diperkenalkan dengan Herbalife melalui seorang adik kami Nasyrah Hanim. Beliau mendapat hasil yang luarbiasa setelah mengamalkan produk Herbalife. Saya merasa sangat teruja dan berjaya memujuk suami untuk mengamalkan dan menjalankan perniagaan Herbalife secara sambilan. Pada peringkat permulaa hajat saya mendapat tentangan hebat dari suami kerana kami sedang menjalankan perniagaan menjual tudung dan comforter. Namun setelah kami balik dari satu perjumpaan Herbalife Opportunity Meeting (HOM), suami melihat suatu peluang yang lebih baik bersama Herbalife. Kami bermula secara online di http://herbalifecoaching.blogspot.com. Kami juga menghadiri latihan-latihan yang dijalankan samada dalam dan luar negara. Kami sentiasa membawa bersama anak-anak kami bagi kami biarlah susah senang kami bersama-sama. Sekurang-kurangnya anak-anak dapat melihat bagaimana ibu bapa mereka mencari rezeki.

Arwah Muhammad Danial Israfil

Arwah Muhammad Danial Israfil


Masih segar dalam ingatan kami, kami membawa arwah anak kami Muhammad Danial Israfil bersama-sama kakak dan abang Israfil ke Singapura untuk menghadiri Extravaganza. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, kami berulang alik dari Johor ke Singapura dengan mendukung ketiga-tiga anak kami. Memang penat tetapi itulah kenangan yang amat berharga buat kami dan kami yakin bahawa arwah sentiasa mengingati dan mendoakan kami disana.

Sepanjang penceburan kami didalam Herbalife, kami tidak pernah mengenal erti jemu dan penat. Kami tidak hanya bergantung pada jualan secara online sahaja. Kami juga keluar membuka booth dan mengedarkan risalah apabila kami mempunyai kelapangan masa. Kami tahu bukan mudah untuk mengecapi kejayaan dan apa yang kami lakukan pada hari ini adalah jauh lebih mudah dari apa yang kami lakukan sebelum Herbalife.


Disamping menjadi jurulatih, kami sekeluarga adalah pengguna produk Herbalife. Kami juga mendapat kesan yang baik apabila mengamalkan produk Herbalife. Saya sendiri turun 6kg dan improve masalah kesihatan seperti muka pucat dan kurang tenaga. Manakala suami turun 13kg, improve masalah kesihatan seperti migrain, darah tinggi dan kurang tenaga badan. Kami sekeluarga mengamalkan produk Herbalife setiap hari.




Dalam setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ujian, sekiranya kita berjaya menempuhi setiap ujian maka setiap kali itulah kita akan menjadi lebih kuat. Jangan berputus asa atau terkesan dengan pandangan negatif orang lain. Pada kami, halangan yang paling besar bukanlah dari orang lain, tetapi dari diri sendiri. Halangan yang kami maksudkan itu adalah sikap. Sikap malas, sikap suka mengambil mudah, sikap melengah-lengah dan segala sikap negetif yang ada didalam diri kita. Jika kita berjaya mengatasi segala halangan ini, kita pasti akan menjadi orang yang lebih kuat dan lebih baik.

Tidak tergambar penat lelah dan ujian kami didalam Herbalife. Tetapi kami teruskan juga perjuangan kami, kerana kami yakin suatu hari nanti kami pasti akan berjaya. Kami sedar hanya dengan satu alasan sahaja boleh memusnahkan segala impian kami. Oleh sebab itu segala halangan dan ujian, kami harus tangani secara positif. Niat kami ingin membantu lebih ramai orang menjadi lebih sihat dan kami amat yakin dengan keberkesanan produk Herbalife. Kami yakin kerana kami sekeluarga telah mendapat kesihatan yang baik dengan Herbalife. Kami yakin kerana kedua ibubapa kami dan adik beradik kami telah mendapat kesihatan dengan Herbalife. Kami yakin kerana pelanggan-pelanggan kami telah mendapat kesihatan yang baik dengan Herbalife. Kami juga yakin dengan Herbalife kami boleh mengubah kehidupan kami dan kehidupan orang lain menjadi lebih baik.








Kami akui, amat sukar untuk menjadi seorang multi billionaire dengan Herbalife. Kami tidak meletakan impian setinggi itu untuk berjaya didalam Herbalife, impian kami biarlah cukup segala keperluan keluarga, kami mempunyai simpanan, financial freedom, dapat membawa kedua orang tua kami mengerjakan Haji dan Umrah, membantu adik beradik kami dan membantu orang disekeliling kami dan dapat menunaikan zakat. Sebelum ini kami merasa amat sedih kerana pernah kami pergi ke pusat pungutan zakat selangor, apabila pegawai zakat membuat pengiraan, kami dimaklumkan kami tidak layak membayar zakat. Kami berazam kami ingin membayar zakat kerana itu adalah salah satu simpanan kami di akhirat, kami ingin menjadi orang yang kaya didunia dan juga diakhirat. Dan sekiranya Allah telah menetapkan rezeki kami menjadi seorang billionaire maka kami terima rezeki dari Nya.

Untuk menjayakan matlamat kami menjadi kenyataan ia mestilah dilaksanakan dengan sistem yang sesuai. Herbalife telah menyediakan sistem yang telah terbukti berkesan, segalanya bergantung kepada kita samada untuk mengikutinya ataupun tidak. Doa, usaha dan tawakal adalah pegangan kami dalam menjalankan sistem yang kami ikuti. Kami sentiasa melabelkan diri kami dengan Herbalife, "we are the brand" and "be the brand" itulah diantara kata-kata yang disampaikan oleh pengasas dan CEO Herbalife. Hari ini kami telah melabelkan diri kami dengan Herbalife sepenuhnya.




Kami juga telah memperluaskan perniagaan kami dengan membuka kelab Nutrisi Slim & Fit di Petaling Jaya. Dengan adanya kelab ini, kami berharap dapat membantu lebih ramai orang menjadi sihat. Kami menjalankan pelbagai aktiviti di kelab kami, diantaranya majlis hari jadi, senaman, aktiviti melakar impian dan pelbagai lagi aktiviti menarik.



 

Kami amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat Nya, kami dapat membina kehidupan kami yang hanya bermula dengan menaiki motor menjual dadih. Kini kami memiliki kenderaan yang lebih selesa, perniagaan yang lebih stabil dan kelab Nutrisi kami sendiri. Segalanya tidak mustahil dan ia boleh berlaku kepada sesiapa juga. Yang penting doa, usaha, tawakal dan ikut sistem yang telah disediakan secara serius. Kami belajar melalui pengalaman kami, dan sekiranya anda benar-benar serius kami sedia berkongsi dengan anda bagaimana kami melakukanya. Setiap rezeki datangnya dari Allah s.w.t, yakin pada janji-janji Allah "man jadda wajada" siapa berusaha dia dapat. Berdoalah kepada Allah seperti firman Allah s.w.t "minta lah kepada ku, nescaya aku akan memperkenankanya".

Tepuk dada tanya selera apa jua yang kita ingin lakukan, pasti ada kejayaan disebaliknya. Apa yang penting konsisten dan terus berusaha sehingga kita berjaya. It dosent matter who you are today but the most important is who you will become tomorrow. Tidak pernah terlewat untuk kita melakukanya, tetapi mengapa perlu kita menangguh-nangguh untuk melakukanya. Kami mendoakan anda semua berjaya dunia dan akhirat dan kami juga mengharapkan doa dari anda dengan mendoakan kejayaan kami.

- Pengedar Bebas Herbalife & Jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -

Saturday, March 9, 2013

Pengenalan Saya dan Herbalife

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Suami, saya dan anak-anak suata masa dulu . Sekarang kami dah berubah! hehehe..!
Suami, saya dan anak-anak suata masa dulu . Sekarang kami dah berubah! hehehe..!

Saya mula mengenali Herbalife apabila diperkenalkan oleh adik ipar saya Nasyrah Hanim aka Mamy Poko. Semuanya bermula apabila pada suatu hari Nasyrah telah datang ke rumah saya dan berkongsi cerita tentang kebaikan dan kelebihan produk Herbalife. Setibanya beliau, Nasyrah pun mula bersilat dengan ceritanya, Nasyrah yang saya kenali memang petah bercakap bak kata pepatah becok seperti bertih jagung. Selesai mendengar penerangan  dari Nasyrah dan saya melihat dan mendengar begitu banyak testimoni di dalam Herbalife hati saya memang sangat tertarik untuk mencuba kerana Herbalife banyak menceritakan testimoni orang-orang yang menggunakannya. Cuma satu sahaja masalah saya, duit! Duit oohh..duit..! apakan daya, saya masa itu saya hanya seorang suri rumah tanpa pendapatan macamana la nak beli ni... :( semua perbelanjaan rumah di tanggung oleh suami saya.


Naza dan Nasyrah
Naza dan Nazyrah

Hari demi hari berlalu, saya sering memikirkan bagaimana saya boleh minum produk Herbalife. Saya nak sangat minum pada masa itu bukan kerana diri saya, tetapi saya ingin berikan nutrisi yang terbaik pada kandungan saya kerana pada waktu itu saya sedang mengandung. Pernah juga saya nyatakan hasrat saya pada suami tetapi dia tak benarkan, katanya "produk apa tu! jangan minum sebarangan kalau kita tak tahu latar belakang produk". Yes..suami saya memang sangat skeptikal, inikan pula perkara yang melibatkan kandungan, lagi la dia risau.




Setiap hari saya memikirkan apa yang perlu saya lakukan, saya pernah menghubungi Nasyrah semata-mata ingin bertanya jika ada cari lain untuk saya minum produk Herbalife. Bila dah talifon, segan pulak nak cakap, jadi saya pendamkan sahaja hasrat saya. Selang beberapa hari kemudian  Nasyrah menalifon saya kembali dan bertanya "macamana kak zue nak beli tak?" saya terpaksa berterus terang kepada Nasyrah "memang la kak zue nak minum, tapi abg ihsan tak bagi. Lagipun harga dia mahal sangat kak zue mana la ada duit, adik kan tahu kak zue tak bekerja". Duit memang la ada, tipu la kalau tak ada langsung. Tapi jumlahnya tak sampai pun RM50, itu pun saya simpan sikit-sikit duit belanja yang suami bagi sebelum ni. Jangan kata nak beli sebulan program, sebotol produk pun saya tak lepas :(



Setelah sebulan berlalu saya pun bertanya lagi pada suami saya untuk mencuba produk Herbalife, tetapi hasilnya tetap negetif. Argghh... kalau ikutkan hati masa tu jugak rasa macam nak pergi cari kerja, saya selalu terfikir "kalau aku kerja mesti aku ada duit, kalau ada duit mesti aku boleh beli dan minum herbalife". Saya pun berbincang dengan suami akan hasrat saya untuk bekerja, tetapi suami saya masih tidak benarkan jugak. Memang rasa sangat-sangat stress pada waktu tu. Akhirnya saya mendapat idea dari ibu mertua untuk meniaga tudung dari rumah, bunyi macam menarik tapi saya terfikir jugak ada ker orang yang nak beli? Sekali lagi saya berbincang dengan suami dan akhirnya kami pun memulakan OPS jual Tudung dari rumah. Pada peringkat permulaan pasaran kami hanyalah dengan jiran-jiran, kawan-kawan, adik beradik, saudara mara dan suami turut membantu dengan mengiklankan secara online. Jualan memang ada tetapi keuntungan menjual tudung terlalu sedikit, tak berbaloi dengan penatnya. Satu tudung saya jual, keuntungan kasar cuma Rm3-4 sahaja, dalam sebulan purata tudung yang dijual adalah 30 helai tudung. Isk..isk..isk...rasa macam nak menangis jer. Bila la aku dapat minum herbalife ni!


Tiba-tiba pada suatu hari Nasyrah datang ke rumah, dia bawak produk herbalife (Formula 1) setengah botol. Kataya kak zue minum la, adik bagi. Terharunya rasanya, pada masa tu rasa macam nak menangis jer. Sekian lama nak minum akhirnya Allah makbulkan juga dan bermula lah perjalanan saya sebagai pengguna produk herbalife walaupun setengah botol formula 1, hehehe.. Apa pun saya sangat happy..! yeayyy..yippieee...yabeda bedu...!!

Produk dah ada depan mata, hurm...setiap hari la saya minum dan saya rasa sangat bertenaga. Saya bagi tahu pada suami saya tentang apa yang saya rasa tapi suami buat tak tahu jer. Erm.. takper bah, biarkan dia.. janji aku dah dapat minum, hohoho.. Alhamdulillah, duit yang saya simpan sikit-sikit pun nampak macam dah nak cukup untuk sambung beli produk lagi rasanya dapat la 1 botol Formula 1 . Nasyrah ada bagi tahu saya kalau kak zue nak beli tapi tak cukup duit bagi tahu, tak apa boleh bayar ansur-ansur a(sayang kak zue kat adik). Itu la kalau ahli keluarga boleh la kita kongsi-kongsi kan :) kalau kita ada masalah pun siapa lagi yang akan batu kalau bukan keluarga kita sendiri, ye takk.. ^_^




Setelah sebulan minum Herbalife saya rasa tenaga saya memang luarbiasa, al maklumlah orang tengah sarat mengandung bawak perut ke hulu ke hilir berniaga tudung, pergi ke sana ke mari mencari pembekal tudung yang murah tapi berkualiti, korang ingat senang ker? cuba letak 10kg beras ikat depan perut selama sehari, silap hari bulan mau korang tak keluar rumah. Setiap satu-satu kedai di masjid india saya pergi, sampai ke cheras, sampai ke Kuala Selangor! nak berjaya kan, kena la susah sikit. Sebelum Herbalife kalau nak berjalan macam ni memang tak dapat la, mahu pengsan saya dibuatnya. Tetapi selepas saya mengamalkan minum Herbalife, tenaga memang luarbiasa! Betul kata pepatah orang-orang tua..kalau tak kenal maka tak cinta :) Herbalife memang best!

Pada satu hari minggu tu, seorang lagi adik ipar saya datang ke rumah iaitu Nabihah aka Michi Bihah kakak kepada Nasyrah. Nabihah bagi tahu saya yang dia dah pun mendaftar sebagai pengedar bawah Nasyrah dan dia cuba memujuk saya untuk mendaftar ahli dengan dia. Malam tu saya cuba tanya lagi pada suami boleh ke tidak kalau saya berniaga Herbalife, suami saya reject lagi. Adei la....berapa kali nak kena reject ni... :(



Mesti semua hairan kenapa adik-adik ipar semua melalui saya tak bagi tahu suami saya terus, sedangkan itu abang mereka. Suami saya ni abang sulong, salah cakap memang kena smash balik. Bab marketing, direct sales memang mainan dia dulu , sebab tu mereka tak berani. Jangan kata diri sendiri nak bawak upline dia jumpa suami saya pun tak berani takut kena sembur balik. Pernah satu hari tu, kami pergi menziarahi adik ipar saya Fazwan, tengok  anak buah kami :) Fazwan bukak cerita tentang herbalife dan produk Herbalife. Dia cerita A to Z pasal Herbalife, suami saya hanya mengganguk dengar, habis je adik ipar saya bercerita. Suami saya pulak brain wash dia, dah jadi terbalik, siapa pengedar sebenarnya ni? Fazwan tak dapat menjawab killer questions dari suami saya. Namun begitu kami masih dijamu dengan Tea Herbalife, terima kasih Fazwan dan isterinya Lilis :)

Walaupun begitu adik-adik ipar saya ni tak pernah berputus asa, tapi saya yang jadi mangsanya.. huhuhu.. Nasyrah dan Nabihah kerap menghubungi saya supaya join Herbalife. Isteri solehah kan mesti kena taat pada suami.. kalau suami kata tak boleh, apakan daya saya..


Selang beberapa bulan kemudian Nabihah datang lagi ke rumah saya, kebetulan pada masa tu suami saya baru balik kerja. Lepas dia siap-siap tukar pakaian, saya buatkan air, saya tanya suami saya boleh tak kalau Zue daftar Herbalife. Saya sangat terkejut apabila suami kata, daftar la. Pergh...?!?!? macam mati hidup semula rasanya.. setelah hampir setahun mencuba akhirnya berjaya jugak. Hairan..hairan... Bila saya fikir-fikirkan semula kenapa suami saya setuju. Mungkin bila saya tanya sebelum ni,  boleh tak zue buat Herbalife? sebab tu suami saya tak bagi. Bila saya kata nak daftar sahaja baru suami saya bagi.. hahaha... Kalau awal-awal saya cakap nak daftar mungkin dari dulu lagi saya dah bergelar pengedar Herbalife, hehehe..One words can change a year decision. Jadi pada anda semua, kalau pasangan anda skeptikal jangan cakap nak jual.. cakap nak daftar sahaja dulu. :)

To be continue..

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.