Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Keluarga Sihat. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Sihat. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Herbalife, pengurusan berat badan dan pelengkap nutrisi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, kami bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih dianugerahkan dengan nikmat Iman dan Islam. Kami juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih diberi peluang untuk membantu lebih ramai insan yang mengharapkan perubahan didalam kehidupan mereka.

Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Setelah kami sekeluarga mengamalkan produk Herbalife sejak beberapa tahun ini, kami dapat merasakan Herbalife adalah suatu medium yang paling berkesan dan mudah diamalkan dalam kehidupan yang serba pantas ini selepas kehidupan secara sunnah, mengapa? Jika dilihat kehidupan masyarakat pada hari ini, rata-ratanya mereka lebih cenderung memilih, melakukan dan mengamalkan sesuatu perkara dengar kadar segera. Sebagai contoh memilih makanan segera berbanding makanan lengkap, minum minuman segera seperti air kotak dan tin, penggunaan smart tag dijalan raya, lebih suka menggunakan lif tidak menggunakan tangga, alat senaman eletronik seperti mesin yang menggunakan arus eletrik tanpa perlu keluar beriadah dan banyak lagi contoh-contoh yang dapat di lihat pada hari ini. Bertindak cepat sentiasa memberi peluang yang lebih baik kepada pengamalnya, namun begitu adakalanya kita masih mampu membuat pilihan yang lebih bijak.

Herbalife, pengurusan berat badan dan pelengkap nutrisi. Mungkin ramai yang masih keliru atau tidak pasti siapa sebenarnya yang memerlukan produk Herbalife? apa itu produk Herbalife? dan mengapa ramai pengguna memilih produk Herbalife?

Produk Herbalife sesuai digunakan oleh individu yang memerlukan suatu kaedah pengurusan berat badan dengan tempoh penyediaan yang cepat tetapi mengandungi 55 nutrisi dan 18 asid amino bagi setiap 1 sajian. Herbalife juga sesuai bagi individu yang ingin melengkapkan pengambilan nutrisi setiap hari dan produk Herbalife juga amat sesuai untuk setiap individu yang mengutamakan pengambilan nutrisi didalam kehidupan mereka. Dari pengalaman kami, mengamalkan nutrisi ketika sedang mengandung dapat membekalkan nutrisi tambahan pada kandungan. Ketika sedang menyusukan bayi pula, kami dapati bayi lebih kerap menyusu kerana susu badan terasa lebih pekat ketika mengamalkan nutrisi Herbalife.



Produk Herbalife adalah hasil kajian para saintis yang terkemuka diseluruh dunia, setiap produk Herbalife yang dihasilkan dan dipantau sepenuhnya bermula dari peringkat pembenihan sehingga ke peringkat penghantaran kepada pengedar dimana sebanyak 14 peringkat saringan dilakukan sebelum produk Herbalife diguna pakai oleh pengguna akhir. Mungkin bagi sesetengah pihak usaha seperti ini sudah pun dikatakan hebat, tetapi ia masih tidak memadai buat syarikat Herbalife. Syarikat Herbalife begitu komited terhadap peningkatan kualiti produk yang dikeluarkan, sehubungan dengan itu kajian dan penyelidikan yang berterusan sentiasa dijalankan oleh doktor-doktor pakar dan para saintis yang terpilih. Bimbang dengan hasil tani yang tidak menepati piawaian Herbalife, syarikat Herbalife mempunyai ladang bagi setiap hasil tani yang digunakan dan apa yang lebih meyakinkan setiap tanaman di tanam di negara-negara yang berbeza bagi memastikan iklim, kesuburan tanah dan bentuk muka bumi sesuai untuk setiap tanaman produk Herbalife. Dari segi teknologi pula, syarikat Herbalife menggunakan kaedah yang paling maju pada abad ini iaitu Selular Nutrisi. Teknologi Selular Nutrisi secara ringkasnya membekalkan nutrisi bagi setiap sel-sel badan dan kaedah ini telah pun di paternkan dari dicetak rompak. Syarikat Herbalife turut membelanjakan ratusan juta dollar untuk tujuan penyelidikan dan teknologi dalam menghasilkan produk Herbalife.

Produk utama Herbalife terdiri dari 5 perasa yang berbeza iaitu cokelat, strawberi, vanilla, tropical fruit dan capuccino. Produk Herbalife sememangnya sangat sedap dan boleh digayakan dengan pelbagai cara seperti campuran buah-buahan, ice blended, chip chocolat, soya, susu segar, jus buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut kreativiti anda. Namun begitu kami menasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat dari jurulatih Herbalife anda sebelum membuat sebarang campuran bagi mengelakan penambahan kalori yang tidak diperlukan dan penggunaan bahan-bahan yang tidak sihat. Kami telah berjumpa dengan ramai individu yang telah mengamalkan produk Herbalife selama lebih 30 tahun dan mereka tidak pernah merasa bosan dan jemu. Bahkan CEO syarikat Herbalife iaitu Micheal O Johnson turut mengamalkan produk Herbalife setiap hari iaitu sebanyak 14 kali pengambilan sehari dan cuba bandingkan dengan apa yang dapat di lihat disekeliling kita pada hari ini, adakah ia sama seperti produk Herbalife?


Bagaimana pula kami mengaplikasikan penggunaan produk Herbalife didalam kehidupan yang serba pantas ini? Sebelum itu cuba kita imbas kembali praktis kehidupan ahli keluarga, rakan serumah dan orang ramai disekeliling kita. Berapa ramai yang sering tergesa-gesa diwaktu pagi sehingga tidak sempat menyediakan sarapan yang berkhasiat? atau mungkin ada yang langsung tidak sempat mengambil sarapan pagi. Adakah anda akan merasa hairan jika kami katakan kami tidak pernah terlepas mengambil sarapan pagi setiap hari. Mudah bagi kami melakukanya kerana penyediaan sarapan pagi dengan Herbalife hanya mengambil masa kurang dari 2 minit sahaja.

Herbalife sangat berbeza dengan produk yang ada dipasaran pada hari ini samada dari segi kualiti mahupun sistem. Penggunaan produk Herbalife lebih kepada penjagaan, pemantauan dan pemerhatian. Penggunaan produk Herbalife mestilah besertakan Jurulatih produk Herbalife berbanding sesetengah produk yang lebih fokus kepada jualan bukan keputusan selepas menggunakanya. Jadi tidak hairanlah produk Herbalife kini memiliki lebih 80 juta testimoni pengguna yang berjaya diseluruh dunia. Angka ini bukanya satu jumlah yang kecil dan hanya produk yang berkualiti dan berkesan sahaja mampu mencapai angka seperti ini dan untuk makluman semua pada hari ini testimoni pengguna produk Herbalife terus meningkat setiap masa.

Kita semua sedia maklum jika mengamalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat ia akan membina keluarga yang sihat, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sanggup melakukanya? Mempunyai ilmu pengetahuan belum tentu mudah untuk mengamalkanya, memiliki kekayaan dan kemewahan bukan jaminan untuk kekal sihat. Jika kita mempunyai ilmu dan kemampuan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain, mengapa kita tidak memanafaatkanya untuk kesihatan. Masyarakat hari ini harus sedar bahawa kesihatan diri bukan tanggungjawab kerajaan, kementerian kesihatan, ibu bapa, suami isteri mahupun anak-anak tetapi ia adalah tanggungjawab diri sendiri. Kesihatan adalah amanah yang Allah s.w.t telah berikan kepada manusia untuk dipelihara dan digunakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.


Apabila anda pergi menziarahi orang yang sedang sakit di hospital, adakah anda sering mendengar mereka berkata alangkah baiknya kalau dapat berjalan, alangkah baiknya kalau aku dapat bangun, alangkah baiknya jika kaki ku tidak dipotong, alangkah baiknya jika aku sihat kembali, alangkah baiknya jika aku dapat makan dan minum seperti orang lain, alangkah baiknya kalau aku dapat pergi ke tandas seperti sedia kala. Semua yang di ucapkan adalah dalam bentuk penyesalan, adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi kehidupan alam barzakh? adakah kita telah menyediakan keperluan yang secukupnya untuk keluarga kita? oleh itu apakah alasan kita tidak menjaga kesihatan?. Kelahiran, kematian, rezeki dan pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t tidak mungkin kita dapat mengawalnya. Tetapi kesihatan adalah pilihan diri sendiri, kita yang merencana pengambilan nutrisi dan aktiviti kehidupan kita. Sanggupkah kita membiarkan keluarga kita merana tanpa ibu ayah disisi mereka? tergamakah kita melihat anak-anak kita merana gara-gara gaya hidup masa kini?

Bukakan mata hati anda dan lihatlah penyelesaian kini ada di depan mata, semua orang mampu mengubah kesihatan kepada yang lebih baik, semua orang mampu berubah kepada kehidupan yang lebih sihat. Herbalife adalah pilihan yang paling bijak bagi pengurusan berat badan dan kesihatan anda dan keluarga.

- Pengedar bebas Herbalife dan Jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -

Wednesday, May 1, 2013

Testimoni Herbalife saya dan keluarga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar? diharap anda sihat-sihat sahaja. Entri pada kali ini kami ingin kongsikan pengalaman kami selepas mengamalkan produk Herbalife. Mungkin selama ini ramai yang tidak tahu dan tertanya-tanya apakah produk result kami.

Ini adalah testimoni suami saya Mohamad Ihsan dan beliau telah turun lebih 10kg, dulu saiz pinggang 36 ke 38. Kalau 36 sebelum makan, lepas makan kalau 36 memang pengsan kena pakai 38 baru perut selesa, sekarang ni dah jadi 32, hehe.. seluar dah banyak kena beli baru. Tali pinggang pun dah kena tebuk lubang baru sebab dah longgar. Suami turut Improve migrain yang agak kronik kerana pekerjaan beliau sebagai Call Agent di Contact Center. Hari-hari guna headset, bila balik rumah jer terus tido sebab sakit kepala. Lepas amalkan produk Herbalife sakit kepala semakin improve dan kini lebih bertenaga!


Gambar di atas semasa di Spectacular Malaysia 2013. Syukur kepada Allah S.W.T kami dapat VIP seat :)

Dinner di Zero to Hero Sabah VIP seat qualifier :)

Herbalife HQ Sabah, Maha Suci Allah. Jika kita bersama kumpulan positif banyak perkara positif akan berlaku disekeliling kita. Suami saya berjumpa dengan rakan sekelas semasa di tingkatan tiga. Dah 15 tahun tak berjumpa, akhirnya jumpa di Herbalife HQ Sabah. Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali memang sangat luarbiasa, beliau dah turun  lebih 30kg!

Sekarang kita lihat testimoni saya pula. Saya berjaya turun berat badan lebih 6kg, lebih bertenaga, badan reshape. Sebelum ni muka kerap pucat sekarang dah semakin improve!


Muka dan bentuk badan reshape semula selepas bersalin. Wajah menjadi semakin muda kerana Herbalife produk kaya dengan nutrisi anti penuaan :)

Kini saya mengandung lagi, memang tak dapat dinafikan Herbalife sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung, bukan setakat baik untuk diri tetapi juga sihat untuk kandungan. Masa ni di Sabah berjalan sambil belajar macamana menjalankan Nutrition Club! Badan sentiasa bertenaga, kalau anda sedang mengandung atau pernah mengandung mesti tahukan macamana penatnya. Tapi dengan Herbalife segalanya berubah, kalau tak percaya kena cuba la :)

Semasa mengadung saya mengamalkan Nutrisi Herbalife. Walaupun perut saya ke depan tapi bentuk badan kekal reshape. Best kan :)

Gambar bersama World Team saya kak Melda Arif (kak Melda dah turun 5kg), suami dan keluarga beliau. Siapa nak badan shaping ketika pregnant dan kekal langsing selepas pregnant call saya cepat²!

Testimoni yang berikutnya adalah testimoni anak² saya. Oleh kerana Herbalife adalah 100% nutrisi jadi ia boleh diminum oleh semua peringkat umur termasuk kanak²!

Ha...lawan siapa yang minum shake paling cepat habis! mereka berdua ni memang suka sangat minum shake  perisa coklat. Kenapa anak-anak saya minum produk Herbalife? kerana ia membantu meningkatkan antibodi badan mereka, membuat mereka lebih cergas dan meningkatkan daya ingatan serta IQ.

Dah pandai posing sendiri ketika mengambil gambar.. huhu.. kalau anda nak tahu bila dua beradik ni bercakap dah macam orang tua. huhu.. Walaupun kakak baru berumur 3 tahun dan adik 2 tahun, syukur kepada Allah mereka dah tahu menilai mana yang betul dan mana yang salah. Tapi nakal tu memang ada la :)

Produk Herbalife memang memberi kesan yang positif dan luarbiasa kepada kami sekeluarga. Termasuk seluruh ahli keluarga suami dan saya sendiri. Ia bukan sahaja memberi kesan yang baik pada badan dan kesihatan tetapi turut memberi kesan yang baik pada ekonomi kami. Herbalife sangat mudah, apabila orang diskeliling melihat perubahan kami. Dengan sendiri mereka akan bertanya dan secara tidak sengaja kami mula menjana pendapatan sampingan. Jika anda inginkan perubahan baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi, jangan segan² hubungi kami. Jangan rasa malu-malu kerana malu tak akan bawa apa² perubahan tau :) 

Friday, February 8, 2013

Merokok jejas kualiti sperma


Merokok jejas kualiti sperma

 

 

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif.
Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.
Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi.
- Mr. R, Selangor.

JAWAPAN:
Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi 'produktif' pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.
Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.
Anda menjalani ujian air mani dan mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal. Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar badan.
Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam 'lemak' seolah-olah macam dalam 'ketuhar' yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).
Merosakkan
Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.
Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.
Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius. Saya harap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda untuk berhenti merokok.
Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.
Saya nasihatkan agar encik berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan. Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri. Cuba amalkan nasihat-nasihat ini kerana terbukti dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Selepas itu elok berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.


- Artikel Utusan.com.my  -


Bagi perokok lelaki dan wanita cuba elakan dan berhenti merokok keran kesan sampingan pada masa akan datang, sangat merugikan diri sendiri. Seorang perokok merasa susah untuk berhenti merokok kerana badan telah terbiasa dengan pengambilan jumlah nikotin yang tinggi. Produk Herbalife membantu dengan menstabilkan sistem badan dan membekalkan nutrisi dan vitamin yang secukupnya. Oleh sebab itu ramai pengguna Herbalife bukan sahaja dapat memiliki kesihatan yang baik malah ada juga yang berjaya berhenti tabiat merokok.

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.