Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Kelab Nutrisi. Show all posts
Showing posts with label Kelab Nutrisi. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Apakah kelebihan Herbalife?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, kebelakangan ini kami ada menerima beberapa pertanyaan seperti dibawah :-
  1. Bolehkah Herbalife menyembuhkan penyakit kanser?
  2. Sudah mengamalkan produk Herbalife tetapi tidak ada hasil? 
  3. Bagaimana untuk membeli produk Herbalife secara online dan bagaimana saya boleh menikmati potongan harga?

Jawapan pertanyaan 1
Untuk makluman semua produk Herbalife bukanlah ubat dan Herbalife sendiri tidak pernah mendakwa bahawa produk Herbalife boleh mengubati apa² penyakit. Tetapi kami juga tidak menafikan bahawa memang ada testimoni dari para pengguna Herbalife yang mendapat kesan positif setelah mengamalkan produk Herbalife pada penyakit² yang mereka alami.

Bagi memastikan kualiti, mutu dan keberkesanan produk² Herbalife, teknologi dan kaedah yang paling canggih telah digunakan untuk menghasilkan produk Herbalife. Nutrition Sel Selular adalah kaedah yang tercanggih pada abad ini dan ia juga telah dipaternkan oleh syarikat Herbalife supaya ia tidak boleh diduplikasi oleh mana² pihak yang tidak bertanggungjawab. Nutrition sel selular ini berfungsi membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh sel² badan. Mengapa perlu dibekalkan pada sel² badan? Seperti yang kita semua sedia maklum, seorang bayi didalam kandungan bermula dengan 1 sel yang menjadi 2, 2 menjadi 4, dan gandaan seterusnya sehingga terbentuk menjadi fetus dan bayi. Sel² yang menerima kurang nutrisi akan menjadi lemah dan tidak sihat berbanding sel² yang menerima nutrisi yang sihat. Sistem badan manusia sentiasa menggantikan sel² lama kepada sel² baru dan gaya hidup memberi kesan yang besar kepada sel² baru. Gaya hidup masyarakat zaman sekarang lebih cenderung kepada pemakanan yang ringkas janji mengenyangkan tetapi tidak ramai yang perihatin terhadap nutrisi dan zat pada makanan yang dimakan. Herbalife adalah produk yang membekalkan nutrisi sihat pada sel² badan, oleh itu tidak hairanlah kebanyakan pengguna produk Herbalife semakin sihat dan bertenaga berbanding sebelumnya. Untuk makluman anda juga, Herbalife telah membelanjakan puluhan juta dollar untuk R&D dalam menghasilkan setiap produk Herbalife dan R&D ini dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa. Herbalife juga menggunakan khidmat doktor² pakar yang terkenal kerana penyelidikan mereka yang terbukti telah membantu ramai manusia seperti Dr. Luis Ignarro yang telah memenangi anugerah Nobel Laurette dalam bidang perubatan dan ramai lagi doktor² pakar seangkatan Dr. Ignarro dalam barisan penyelidik Herbalife.

Menukarkan bahan kimia dan bahan pengawet kepada nutrisi untuk dibekalkan kepada sel² badan tidak hairanlah mengapa Herbalife kini menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh rakyat di 88 buah negara diseluruh dunia.

Jawapan pertanyaan 2
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang  menjadi punca kegagalan kepada pengguna Herbalife.

(Pertama)
Pengguna sendiri gagal mengambil produk Herbalife mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jurulatih mereka. Pengalaman kami sendiri apabila ditanya mereka akan  memberikan alasan tidak sempat, sedangkan penyediaan seperti shake amat mudah dan hanya memerlukan kurang dari 3 minit sahaja.

(Kedua)
Pengguna kurang minum air masak dengan alasan kerap terkencing atau mempercayai cerita² tidak berasas seperti minum air masak dengan banyak akan membahayakan kesihatan. Tuan² & puan² tidak pernah saya mendengar lagi berlakunya kes kematian akibat minum air masak dengan banyak. Kami juga tidak memaksa pengguna minum air masak 2-3 liter sekali minum tetapi kami menganjurkan setiap 25kg berat badan mereka perlu minum 1 liter air masak dalam tempoh 8 jam. Cuba anda lihat warna buangan air kecil anda, adakah ia bewarna keruh atau jernih? jika berwarna keruh jelas sekali anda perlu minum lebih banyak air supaya badan dapat membersihkan perut anda melalui proses pembuangan air besar atau kecil.

(Ketiga)
Ini adalah yang paling sukar dilakukan oleh pengguna² Herbalife. Menghadiri aktiviti² yang dijalankan oleh Jurulatih dan syarikat Herbalife sendiri. Masyarakat selalu beranggapan bahawa Jurulatih cuba menarik mereka menjalankan perniagaan Herbalife dengan membawa mereka ke program² Herbalife. Sebenarnya kenyataan ini kurang tepat kerana tujuan kami membawa pengguna ke program² Herbalife supaya dapat memberi pendedahan kepada pengguna perkongsian² daripada mereka yang telah berjaya mendapatkan hasil yang positif. Mungkin pengguna dapat berkenalan atau menimba sedikit ilmu pengetahuan dari rakan² yang sama latar belakang kerjaya dan kehidupan seperti mereka. Pengguna juga sukar mengikuti aktiviti seperti senaman bersama, aktiviti sukan seperti bermain badminton dan sebagainya. Aktiviti² ini amat penting supaya pengguna dapat berkumpul bersama² dengan orang² yang positif dan masing² akan memberikan sokongan diantara satu sama lain. Mengikut pengalaman kami 80% pengguna berjaya mendapatkan hasil yang mereka inginkan apabila mereka mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan dan yang selebihnya gagal kerana mereka sering berhenti ditengah jalan.

Kami sebagai jurulatih merasa sangat sedih dan ralat sekiranya pengguna tidak meneruskan program mereka bukan kerana keuntungan tetapi kerana wang dan usaha yang mereka telah korbankan. Kami sendiri sebagai jurulatih tidak pernah meminta bayaran untuk perkhidmatan kami. Memadailah para pengguna membayar kami dengan mendapat hasil yang positif dan mendapat berat ideal atau kesihatan yang para pengguna sendiri impikan.

Jawapan pertanyaan 3
Seseorang itu hanya layak membeli secara online dengan syarikat Herbalife apabila mereka telah mendaftar sebagai dengan syarikat Herbalife.

Potongan harga juga terbuka kepada mereka yang mendaftar dan dari segi potongan harga ia bergantung kepada program² yang dibeli oleh pengguna. Sila lihat contoh dibawah, dan senarai dibawah adalah apa yang dikeluarkan oleh syarikat Herbalife Malaysia sendiri untuk mereka yang telah mendaftar dengan syarikat Herbalife.

Bayaran ahli : RM94 dan perlu disertakan satu salinan kad pengenalan.

Ahli/Pengedar : 25% potongan harga untuk program 1-4 bulan (dalam satu resit)
Ahli/Pengedar VIP (Senior Consultant) : 35% potongan harga untuk 5 bulan (dalam satu resit)
Ahli/Pengedar VVIP (Success Builder) : 42% potongan harga untuk 10 bulan program (dalam satu resit) *potongan 42% untuk bulan pertama sahaja dan akan turun ke 35% untuk bulan berikutnya.
Ahli/Pembina Kerjaya : 42% potongan harga untuk 25 bulan program (dalam satu resit)
Ahli/Penyelia : 50% potongan harga untuk 40 bulan program (dalam satu resit)

Suka kami mengingatkan masyarakat agar tidak membeli dengan pihak² yang menawarkan potongan harga tanpa perlu mengikut program kerana mereka sebenarnya telah melanggar undang² yang telah ditetapkan syarikat. Pihak² ini juga tidak akan memantau pengguna kerana mereka bukan jurulatih tetapi pihak yang cuba mencari keuntungan dengan mengejar Volume Point sahaja.

Pihak kami memandang berat dan tidak akan membantu melatih mana² pengguna yang telah membeli dengan pihak² yang tidak bertanggungjawab ini. Kami sebagai jurulatih Herbalife tidak pernah meminta yuran mahupun bayaran jurulatih tetapi cukuplah sekadar mematuhi unndang² yang telah ditetapkan Herbalife dan mengikuti aktiviti dan jadual yang kami sediakan khas untuk anda.
Dalam kesempatan ini juga kami ingin menjemput semua yang baru merancang untuk menggunakan produk Herbalife atau mereka yang berminat untuk  menjadi Jurulatih dan Pengedar Bebas Herbalife ke Majlis pembukaan Kelab Nutrisi Slim & Fit kami bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang, pada tarikh 7 September 2013, sila rujuk alamat kelab kami seperti dibawah :

Slim & Fit Nutrition Club,
2-2-11, Kondo Rakyat Desa Pantai,
Jalan Pantai Murni 2,
Pantai Dalam 59200,
Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran sila hubungi : 0123192087 (Zue) 0122469704 (Ihsan)



Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.