Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Obesiti. Show all posts
Showing posts with label Obesiti. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Serangan Jantung dan Strok

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih di beri satu nikmat yang sangat besar iaitu nikmat kesihatan. Berbeza dengan Firaun yang mana Allah s.w.t telah anugerah kan kepadanya satu nikmat kesihatan yang sangat besar iaitu kesihatan yang tidak pernah sakit. Tetapi Firaun telalu angkuh dengan nikmat yang di beri sehingga berani mengaku bahawa dia adalah tuhan. Sebagai hukuman dunia, Allah s.w.t telah tenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.

Bagaimana pula dengan diri kita? rata-ratanya kita di lahirkan ke dunia dengan nikmat kesihatan tetapi sangat ramai manusia yang tidak menjaga kesihatan mereka dengan baik. Suatu ketika dahulu saya juga seperti anda, saya terleka dengan menikmati segala nikmat dunia sehingga terlupa dengan nikmat yang Allah s.w.t telah pertanggungjawabkan ke atas diri saya. Berapa ramai ahli keluarga kita, saudara mara , sahabat sahibah, jiran tetangga dan orang di sekeliling kita yang sakit berpunca dari pemakanan? Mengikut kajian, Malaysia di antara negara yang mempunyi kes tertinggi serangan sakit jantung sehingga menyebabkan maut.





Berapa ramai orang yang kita kenali mengalami masalah serangan jantung dan strok sehingga menyebabkan kematian. Kenapa ramai yang masih tidak sedar dan menganggap perkara ini sebagai remeh? Adakah anda hanya akan bertindak setelah doktor mengesahkan anda tidak boleh hidup lama? atau setelah anda mengalami serangan jantung? mengapa tidak mula berubah dari sekarang? Tahukah anda bahawa kos rawatan hospital swata tidak semurah yang anda sangkakan. Kenapa anda harus mengambil risiko! adakah anda sedar tindakan anda bukan hanya memberi kesan kepada diri anda bahkan kepada seluruh keluarga anda pada masa akan datang.





Mula berubah hari ini! dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan, tukar cara pemakanan anda, amalkan hidup secara sihat. Bayangkan jika yang terpapar di muka akhbar dan berita adalah ahli keluarga anda! Apakah perasaan anda? bagaimana kehidupan mereka? Saya yakin jika kita mula bertindak hari ini kita masih belum terlambat. Kita masih boleh menyelamatkan nyawa insan-insan yang kita sayangi, kita boleh berikan kepada mereka satu kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

Bagaimana caranya :-

1. Mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai perubatan di Hospital kerajaan mahupun swasta. Saya sangat yakin mereka sedia dan boleh membantu anda. (mohon maaf kerana tidak dapat mengulas panjang kerana saya buka pegawai perubatan tetapi jururulatih kesihatan, pemakanan dan cara hidup dengan Herbalife)



2. Tukar cara pemakanan sebagai tindakan awal kerana anda harus mengetahui dan sedar mengenai bahaya dan punca kegemukan dan kepentingan berat badan yang unggul.

Apakah Berat Badan yang unggul, berat badan berlebihan dan kegemukan (obesiti)?

Berat badan yang unggul ialah berat badan yang sesuai mengikut ketinggian tubuh. Ia boleh diukur dengan menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) dan juga Nisbah Pinggang-Pinggul (NPP) Berat Badan Berlebihan dan Kegemukan (obesiti) adalah satu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan unggul. Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak badan yang berlebihan.



Apakah bahaya berat badan berlebihan dan kegemukan (obesiti) merbahaya? Ya kerana ia boleh meningkatkan risiko :-

Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi
Diabetes
Penyakit sendi
Gangguan pernafasan
Kolesterol yang tinggi



Ia juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti :

Penyakit pundi hempedu
Kelesuan
Kurang kesuburan (wanita)
Mudah mendapat kecederaan
Kanser
Cepat penat

Kegemulan dan apakah punca kegemukan?

Kegemukan berlaku apabila tenaga berlebihan yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak dalam badan
dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan berat badan berlebihan atau gemuk.

5 Punca-punca kegemukan :-

Makan berlebihan
Kurang bersenam
Gaya hidup yang tidak aktif dan cergas
Penyakit endokrin



Faedah berat badan unggul :-

Mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang telah dinyatakan
Rasa sihat
Menambah keyakinan yang tinggi
Senang bergerak
Kelihatan segak/menawan

Kenal pasti makanan dan kegemukan :-

Sebagai persiapan awal, anda perlu mengetahui jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan penambahan berat badan.Makanan yang tinggi lemak lemak adalah sumber tenaga yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kegemukkan.



Contoh makanan tinggi lemak :-

Makanan bergoreng seperti mi/bihun goreng, ikan/ayam goreng,pisang goreng, karipap, kerepek, cucur udang dan cekodok, nasi lemak, mi kari, nasi dagang, kuih lapis, seri muka, bubur/pengat, nasi beriyani, dan nasi minyak.

Contoh makanan rendah lemak :-

Ikan panggang/bakar, mi/bihun sup, asam pedas/pindang/tumis air, nasi putih, pisang segar/pisang rebus dan buah-buahan.



Makanan/minuman manis :-

Pengambilan gula atau makanan manis boleh menyebabkan kegemukan. Badan kita tidak memerlukan gula tambahan kerana ia boleh diperolehi daripada makanan lain. Gula biasanya ditambah pada makanan semasa penyediaan makanan.

Contoh minuman dan makanan tinggi gula :-

Minuman cordial seperti sirap, minuman di dalam kotak atau bergas, minuman bergula seperti kopi, kuih tempatan atau tradisional seperti kuih keria, lopes, koci, onde-onde
dan coklat, gula-gula serta kek.

Pengambilan gula boleh dikurangkan dengan menggunakan sedikit gula di dalam minuman atau minum tanpa gula atau pilih makanan kurang gula seperti buah-buahan segar, apam kukus, popiah basah, jagung rebus dan kacang rebus. Lebihkan minum air kosong daripada minum air manis. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak boleh membantu mengurangkan berat badan kerana ianya mengandungi kurang lemak, cepat mengenyangkan meransang dan melawaskan system penghadaman.



Berapa banyak keperluan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari?

Makan sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Satu sajian sayur-sayuran bersamaan dengan ½ cawan sayuran berdaun hijau atau ½ cawan sayuran berubi. Satu sajian buah-buahan bersamaan dengan ½ biji jambu batu atau 1 potong betik, nanas, tembikai, 1 biji limau, oren, pir bersaiz sederhana atau 1 biji pisang bersaiz sederhana. 7

Cara lain untuk mendapatkan jumlah nutrisi yang cukup yang diperlukan sehari?

Anda boleh megamalkan pengambilan makanan tambahan kerana makanan tambahan membantu membekalkan kalori dan nutrisi yang diperlukan setiap hari

Tahukah anda Lo Messi pemain boleh sepak Barcelona telah dicalonkan sebagai atlit bola sepak yang menunjukan prestasi yang terbaik di dunia selama 3 tahun berturut-turut. Leo Messi telah mengamalkan pengambilan 15-16 gelas shake Herbalife setiap hari.



3. Mengamalkan kehidupan yang sihat dengan meminum jumlah air yang mencukupi dan secara puratanya setiap 25kg badan anda harus minum 1 liter air masak.

Bersenamlah tiga hingga lima kali seminggu sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kesihatan jantung. Libatkan diri anda dalam aktiviti seperti berjalan pantas, berjoging, menunggang basikal, bermain dan bersukan. Panaskan badan anda sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam dapat menghindarkan anda dari kecederaan dan mampu meningkatkan prestasi. Pakai pakaian yang bersesuaian dan ringan serta pakailah kasut yang sesuai untuk aktiviti anda. Minum air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan sesekali bersenam sekiranya anda tidak sihat atau mengalami sakit-sakit badan atau anda merasa tidak selesa. Bersenamlah dengan cara yang betul dan selamat supaya anda lebih bertenaga dan bertambah kuat.



Tidak merokok juga adalah amalan cara hidup sihat. Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok, termasuk karbon monoksida, nikotin dan tar. 63 jenis bahan kimia yang lain pula adalah penyebab kanser.

Bagi orang-orang Islam tingkatkan aktiviti kerohanian anda kerana ia akan membantu anda menjadi lebih tenang ketika berfikir, menambah keyakinan diri, menstabilkan diri terutamaya pada tekanan ketika menjalani kehidupan seharian. Solat bukan sahaja ibadah yang memberikan anda pahala bahkan solat sangat baik untuk kesihatan kerana ad adalah satu satu senaman yang paling lengkap dan paling baik untuk setiap muslim.


Saturday, March 9, 2013

Ringkas dan Segera berisiko tinggi

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt dengan segala nikmat yang diberi dan nikmat yang paling berharga pada kami adalah nikmat kesihatan. Bagi kami sebagai pengedar dan jurulatih Herbalife, Misi dan Matlamat membantu orang ramai menjadi sihat bukan sahaja datang dari syarikat tetapi ia adalah tanggungjawab kita semua. Setelah bersama Herbalife kami semakin sedar betapa pentingnya mengawal pemakanan. Sepanjang perjalanan kami, kami dapati  80% pelanggan yang kami temui mempunyai masalah kesihatan dan Obesiti.

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com


Apabila kami meneliti jadual pemakanan mereka, kami dapati mereka terlalu sibuk dengan tugasan seharian sehingga terlupa untuk mengambil pemakanan secara teratur dan gemar pada yang lebih ringkas dan segera. Ringkas dan segera bukan sahaja dari segi penyediaanya tetapi juga dari segi Nutrisinya. Kesannya ia akan menjadi faktor-faktor yang menyebabkan organ dalaman kita tidak berfungsi dengan lancar dan menderita untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, luka akibat terjatuh boleh mengering dalam tempoh beberapa jam dan mampu sembuh dalam beberapa hari, ini boleh berlaku apabila badan mampu bertindak sebagai agen penyembuh. Tetapi luka akibat kencing manis akan terus merebak dan akhirnya menjadi busuk, kerana badan tidak mampu berfungsi dengan baik. Kesanya anggota badan yang rosak terpaksa di potong dan menderita sakit. Buang bahagian yang rosak bukan bermaksud ia mampu meningkatkan kesihatan tetapi ia sekadar menyekat agar kerosakan tidak merebak dengan cepat pada anggota badan yang lain.

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com


Kelebihan Makanan Segera & Ringkas
1. Cepat dimasak sedap dimakan
2. Gambar luaran yang menarik
3. Rasa yang sedap (perasa tambahan)

Kesan Makanan Segera & Ringkas
1. Tidak mengandungi Nutrisi yang lengkap
2. Mudah diserang penyakit
3. Kesan jangka masa panjang yang kritikal
4. Risiko mendapat penyakit kronik
5. Tidak bertenaga
6. Badan kerap menggigil
7. Kerap sakit kepala
8. Mudah diserang tekanan

Kepada anda semua beringatlah, lebih banyak makanan segera yang anda makan. Lebih segera anda akan kehilangan anggota badan dan lebih segera kesihatan dan nyawa anda akan terancam.

Walau apa jua keadaan anda, jangan jadikan situasi anda sebagai satu alasan tetapi carilah jalan penyelesaiannya. Apakah jalan penyelesaian yang boleh saya kongsikan kepada anda.

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com

1. Menyediakan jadual pemakanan.
2. Membawa bekal dari rumah.
3. Mengamalkan pengambilan makanan gantian yang ringkas tetapi berkhasiat.

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com


Mengapa saya memilih Herbalife? Herbalife mengandungi 55 Nutrisi, 9 Asid amino, 19 Vitamin dan mineral untuk setiap satu bancuhan. Pengalaman saya sendiri sebagai pengamal produk Herbalife, setiap pagi saya akan mengambil Herbalife menggantikan sarapan pagi saya, tengahari saya akan mengambil mee hun dan soto. Jika saya mengambil nasi, saya cuma mengambil sebesar tapak tangan dan tidak mengambil ayam atau daging terutama ketika berdiet. Saya akan lebihkan fiber (sayur-sayuran) dan mengambil ikan sebagai protein. Adakalanya saya mengambil produk Herbalife sebelum makan tengahari dan sukatan nasi saya akan menjadi separuh. Sebelum jam 8.00pm, Herbalife akan menjadi pilihan saya sekali lagi, bagi menggantikan makan malam saya.


Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com

Secara peribadi, penyediaan produk Herbalife amat mudah dan mengenyangkan. Suami saya turut mengamalkan produk Herbalife dan hasilnya beliau telah berjaya turun 8kg tanpa sebarang tekanan dan beban. Anak-anak saya yang berumur 2 dan 3 tahun turut menggemari produk Herbalife, terutamanya perisa Chocolate dan Cream & Cookies (tak ada dalam Malaysia).

Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalifecoaching.blogspot.com
Herbalife ada lebih 70juta testimoni diseluruh dunia, dari 88 buah negara. Semua mampu menggunakan Herbalife jika mereka merasakan kesihatan dan diri mereka berharga. Semua mampu mendapatkan kesihatan yang baik jika mereka mengikut jadual secara disiplin dan konsisten. Saya ada ramai pelanggan pekerja kilang dan cleaner. Saya amat menghormati mereka bukan kerana mereka membeli tetapi kerana mereka menghargai kesihatan mereka melebihi harta mereka sendiri. Buang sikap malas, penyediaan Herbalife cuma mengambil masa 5 minit sahaja. Konsisten dalam pengambilan anda, lakukan bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda sendiri. Jika anda boleh korbankan masa pada perniagaan dan syarikat ,mengapa anda tidak boleh memperuntukan masa 5 minit untuk diri anda sendiri.


Wednesday, March 28, 2012

Berat badan berlebihan

Kita sering lihat rakan-rakan sekerja, jiran tetangga dan ahli keluarga yang tidak makan di waktu malam, atau hanya memakan buahan² dan sayur²an (kecuali yang vegetarian), bersenam, tahan makan, pengambilan ubat, Poco², pergi ke pusat rawatan kecantikan dan bermacam² lagi usaha yang dilakukan.

Tetapi mengapa mereka masih gagal mendapatkan berat badan dan potongan badan yang ideal?? hairankan..



Disini suka saya kongsikan dengan saudara/saudari sekalian.

Bersenam + Tidak kawal pemakanan = (Hasilnya) Sakit
Walau sehebat mana pun senaman kita, berlari, bersenam, berpoco², angkat berat selama berjam² lamanya seharian tetapi kita tidak menitik beratkan pengambilan gizi makanan yang seimbang. Hasilnya "zero" kita cuma dapat penat sahaja akhirnya kita merasa putus asa dan merasakan mustahil untuk kuruskan badan.


Berlapar + Senaman  keterlaluan = (Hashilnya) Maut
Sesetengah orang yang obses atau berada dalam tekanan kerana berat badan mereka, mereka akan mengambil tindakan drastik (secara paksa) untuk tidak makan (hanya memakan makanan yang ringan) dan bersenam dengan berlebihan. Jawapanya sudah pasti individu itu akan pengsan kerana kehausan tenaga dan menjejaskan kesihatan.
  
Makanana yang seimbang + Senaman secara konsisten = Berhasil
Anda akan mendapatkan hasil sekiranya mengamalkan usaha diatas, namun begitu berapa yang ramai mampu melaksanakanya? mungkin untuk seminggu dua tetapi mampukah kita lakukan secara berterusan?

Suka disini sula saya kongsikan cara menurunkan berat badan yang konsisten dan mampu dilakukan mahupun ketika anda bekerja di pejabat.

Mengambilan protein, shake, tea dan bersenam 1-2 kali seminggu. Anda pasti akan mendapat kesan yang memberangsangkan. Izinkan kami membantu anda dengan mengikuti coaching kami. Turun berat badan bukanlah mustahil bagi anda.
Kejayaan anda adalah kepuasan kami!

ACT NOW!
ASK ME HOW!
30 Days Money Back Guarantee







Tuesday, March 27, 2012

Apa itu obesiti?

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

SIAPAKAH YANG TERGOLONG DALAM OBESITI

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes(kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.


Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?

Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.

Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:
  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Penyakit seperti hypothyroidism, penyakit Cushing’s hypothalamic tumors.
  • Pengurangan mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
  • Ketidakseimbangan hormon
Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?
  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
  • Tekanan darah tinggi dan angin ahmar
Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
  • Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
  • Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.
  • Penyakit pundi hempedu. Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Penyakit paru-paru. Individu yang obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma.
  • Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis.

Bagaimana untuk menurunkan berat badan?
  • Runding dengan doktor anda untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan.
  • Runding dengan pakar pemakanan atau pakar diet dari klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  • Anda perlu tahu keperluan tenaga harian anda supaya anda boleh mengurangkannya untuk menurunkan berat badan anda.
    • Rujuk contoh menu mengikut keperluan kalori anda.
  • Jangan terlalu mengurangkan pengambilan kalori kerana jika anda betul-betul lapar, anda akan makan berlebihan.
  • Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
  • Paling Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.
  • Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.
Obesiti ataupun masalah kegemukan merupakan satu ancaman yang semakin serius kepada rakyat di negara ini. Saban tahun, kajian telah dijalankan bagi mengetahui peratusan dan tahap obesiti bagi penduduk di negara ini. Hasilnya adalah amat menakutkan kerana pertambahannya yang begitu drastik dari tahun ke tahun menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita masih amat berkurangan terutamanya berkaitan dengan soal pengambilan makanan seharian.

"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27% (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 % (1.7 juta) pada 1996."

Bagi tahun 2006 pula, peratusannya telah meningkat menjadi semakin tinggi sehingga mencapai 43.1% dan telah direkodkan sebagai antara negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Peningkatan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun telah cukup untuk membuktikan bahawa kita semua harus berubah dan perlu mengambil serius tentang isu obesiti ini.

Data dan statistik di atas jelas menunjukan bahawa negara kita bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran berkaitan makanan ini tidak dipupuk kepada masyarakat kita. Fenomena 5G iaitu Gebu, Gemuk, Gempal, Gendut dan Gelebar akan berleluasa disegenap peringkat umur masyarakat kita. Malah yang lebih membimbangkan adalah 1001 penyakit kronik yang dikaitkan dengan obesiti bakal dihadapi sekiranya aspek ini tidak diambil serius.

Sunday, March 25, 2012

Saintis dedah mutasi genetik punca obesiti

Berita Harian 2012/03/21

WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendedahkan bagaimana mutasi dalam genetik tertentu boleh menyebabkan masalah pemakanan tidak boleh dikawal, sekali gus mengakibatkan kegemukan, lapor Daily Science, kelmarin.

Akhbar Korean Herald melaporkan kajian terdahulu mendedahkan otak mengeluarkan faktor neurotrophic (BDNF) genetik yang berkait dengan kegemukan, tetapi tiada siapa yang boleh menerangkan bagaimana ia mampu mengawal keinginan untuk makan.
Penyelidik Universiti Georgetown, Washington menemui hasil kajian baru bahawa mutasi dalam genetik BDNF pada tikus makmal yang tidak membenarkan nueron otak berkomunikasi dengan satu sama lain. Ia menghasilkan kesan pembelajaran dan memori.
Mereka juga mendapati mutasi yang sama mendorong tikus menjadi terlalu gemuk.

Menurut kajian penyelidik kanan, Baoji Xu, BDNF memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kematangan synapse yang membolehkan nueron menghantar isyarat antara mereka. Ia dilakukan dengan mewujudkan transkrip yang panjang dan pendek, salinan pelengkap RNA dalam urutan DNA.

Bagaimanapun, mutasi BDNF mewujudkan hanya transkrip pendek dan ia hanya bersatu dalam sel badan nueron tetapi dendrite (binaan blok nueron), menyebabkan synapse yang tidak matang dihasilkan berlebih-lebihan oleh nueron.

Ia kelihatan menyebabkan kesan pada tikus makmal.
Xu berkata ini adalah kali pertama sintesis protein dalam dendrite, cabang nueron yang seperti pokok, ditemui untuk mengawal berat badan.

Kajian turut menunjukkan leptin (hormon protein) dan insulin merangsang penyatuan BDNF dalam dendrite untuk membenarkan komunikasi antara nueron.

Bagi manusia, isyarat kimia leptin dan insulan perlu dihantar ke lokasi yang betul dalam hypothalamus, di mana ia memantau kekenyangan seseorang.

Jika penghantaran ini terganggu, pemakanan diteruskan, seperti yang berlaku pada tikus yang menambah berat badan dengan selera tidak terkawal.

Saintis kini mencari jalan membaiki kemusnahan seumpama itu dalam penghantaran isyarat dan membantu otak mengawal berat badan. – Agensi

Saturday, October 1, 2011

Kajian Obesiti di Malaysia 2010

Obesiti di Malaysia

Ketika tahun 2010 kekurangan dan kelemahan ilmu pengetahuan tetang bahayanya Obesiti dalam mengundang pelbagai penyakit seperti sakit jantung, stroke, tekanan darah tinggi dan kanser di Malaysia adalah ditahap yang amat membimbangkan dan ia seakan-akan menjadi suatu budaya di kalangan rakyat negara ini.

Kebimbangan ini turut dirasai oleh Datuk Chua Jui Meng selaku bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Mengikut kenyataan beliau kajian menunjukan hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemikan atau obesiti pada tahun 2000. Kadar ini paling ketara dikalangan masyarkat India, masyarakat Melayu dan diikuti dengan maysrakat Cina. Jumlah peningkatan yang sangat mendadak sejak 10 tahun yang lepas iaitu 250% dimana pada tahun 1996 sahaja ia meningkat sebanyak 70%.


Mengikut kajian National Health and Morbidity Survey pada tahun 2006 sahaja 2/5 dari jumlah orang dewasa atau 43% disahkan lebih berat badan atau pun obesiti. Manakala 38% dari remaja berumur diantara 12 - 18 tahun turut disahkan obesiti.

* Mengikut kajian setiap tahun masalah obesiti dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Sayangilah diri anda dan keluarga anda, selamatkanlah mereka dari Obesiti kerana ia sebenarnya boleh membunuh.







Kajian Obesiti di Malaysia 2011

Peningkatan Obesiti 2011

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif LPKM Dr Yahya Baba berkata angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini pada Jumaat.

Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah.

Beliau berkata jika tabiat gaya hidup sedemikian terus diamalkan, bilangan penduduk yang menghidap penyakit berbahaya akan terus bertambah.

LPKM, katanya, akan mengadakan pelbagai program untuk memupuk kesedaran rakyat negara ini terhadap mempromosikan gaya hidup sihat tanpa obesiti, termasuk menyalurkan geran kepada 54 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi mengadakan program untuk menurunkan berat badan.

Yahya berkata geran itu hanya akan diberikan kepada NGO berdaftar bagi mengadakan program kesihatan.

"Tumpuan utama adalah kempen anti rokok dan alkohol," katanya.

Lembaga itu ditubuhkan pada 2007 dan merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan khusus untuk mengadakan aktiviti bagi mempromosikan kesihatan.

-- BERNAMA

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.