Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Showing posts with label Awards. Show all posts
Showing posts with label Awards. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Luis Ignarro - No more Heart Desease

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada anda semua. Kali ini saya ingin memperkenalkan anda kepada salah seorang pakar penyelidik di Herbalife iaitu Dr Luis Ignarro. 

Sebelum saya meneruskan perkongsian saya, suka saya mengingatkan kepada anda semua bahawa saya adalah Pengedar Bebas Herbalife dan Jurulatih produk Herbalife sahaja. Untuk makluman semua Syarikat Herbalife hanya membenarkan kami melatih pelanggan kami sahaja, oleh itu anda perlu menjadi pelanggan kami untuk khidmat nasihat dan bantuan kami. Jika tidak, anda perlu merujuk kepada pengedar dan jurulatih anda.

Berbalik kepada topik kali ini, Dr Luis Ignarro merupakan pemenang Anugerah Nobel Laurette in Medicine. Anugerah ini hanya diberi kepada penyelidik-penyelidik yang telah meninggal dunia sahaja kerana keberkesanan kajian mereka yang telah membantu ramai manusia di seluruh dunia. Sungguh luarbiasa kerana Dr Luis Ignarro masih hidup dan telah mendapat anugerah yang sangat berprestij itu.


Louis Ignarro, Ph.D., adalah ahli lembaga editorial Institut Pemakanan Herbalife dan ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife. NAB yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka di seluruh dunia dalam bidang pemakanan dan kesihatan yang mendidik dan melatih pengedar bebas Herbalife pada prinsip-prinsip pemakanan, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

Ignarro telah membuat sumbangan yang luar biasa kepada sains. Usaha beliau telah diiktiraf dengan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1998 untuk penemuan beliau "oksida nitrik" dan pelbagai manfaat kepada tubuh manusia. Hasil kerja beliau telah membawa kepada penyelidikan tambahan oleh saintis di seluruh dunia pada oksida nitrik. Beliau mula bekerja dengan Herbalife untuk membangunkan Niteworks ™ iaitu suplemen diet yang direka bentuk untuk meningkatkan pengeluaran oksida nitrik di dalam badan dan Ignarro juga telah dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat Saintifik Syarikat.

Ignarro kini diiktiraf sebagai Profesor Farmakologi di UCLA * Sekolah Jabatan Perubatan Molekul Farmakologi dan Perubatan di Los Angeles semenjak tahun 1985. Sebelum berpindah ke California, beliau adalah seorang Profesor Farmakologi di Universiti Tulane Sekolah Perubatan, New Orleans, selama 12 tahun. Sebelum ini, Ignarro adalah kakitangan, seorang saintis penyelidikan jabatan, bahagian Farmaseutikal Ciba-Geigy Corporation di New York.



Ignarro telah menerbitkan banyak rencana mengenai penyelidikan beliau. Selain Hadiah Nobel, beliau juga menerima Hadiah Penyelidikan Asas Persatuan Jantung Amerika pada tahun 1998, sebagai pengiktirafan sumbangan beliau yang cemerlang kepada kemajuan sains Kardiovaskular. Pada tahun yang sama, beliau telah dimasukkan ke National Academy of Sciences dan pada tahun berikutnya, ke dalam American Academy of Arts and Sciences.

Beliau adalah pengasas Persatuan Oksida nitrik, dan pengasas dan editor-in-chief "Biologi Nitrik Oksida dan Kimia." Ignarro memegang BS dalam Farmakologi, Columbia University, 1962, dan Ph.D. dalam Farmakologi, Universiti Minnesota, 1966. Beliau juga menerima persahabatan postdoctoral dalam Farmakologi Kimia dari Institut Kebangsaan Kesihatan pada tahun 1968.

* The University of California as a matter of policy does not endorse specific products or services. Dr. Ignarro's credentials as a Professor are for identification purposes only.



NW FORMULA adalah diantara kajian yang telah mengharumkan nama beliau di dalam industri perubatan. Buku penulisan beliau bertajuk NO MORE HEART DISEASE, sangat untuk sesiapa yang mempunyai jantung.

Mungkin semua tertanya-tanya apakah dia produk NW FORMULA :-
  • NW Formula adalah campuran serbuk berperisa lemon yang menyegarkan, membantu menyokong tenaga, peredaran dan kesihatan vascular dan membantu penghasilan Nitrik Oksida pada waktu malam semasa Nitrik Oksida berada pada tahap yang paling rendah.*

Apakah kelebihan NW FORMULA :-
  • Membantu meningkatkan pengaliran darah untuk menyokong fungsi jantung, otak dan organ-organ lain.*
  • Membantu menjaga agar tona saluran darah, fleksibel dan muda untuk peredaran yang lebih baik.*
  • Membantu menyokong tahap tekanan darah sihat yang berada dalam julat yang normal.*

Pencapaian NW FORMULA :-
  • Dihasilkan bersama pemenang Hadiah Anugerah Nobel dalam Perubatan Dr. Louis Ignarro, NW Formula menyokong keupayaan badan anda untuk menghasilkan Nitrik Oksida (NO), untuk meningkatkan fungsi peredaran, system imun dan saraf.

Cara penggunaan NW FORMULA :-
  • Bancuh satu skup (satu suduh teh atau anggaran 5g) di dalam 180ml air sejuk. Boleh membancuhnya di dalam air yang membuih atau jus. Minum pada waktu malam.



Friday, March 29, 2013

Inspirasi Membina Kejayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan semesta alam. Apa khabar kepada anda semua? semoga anda sihat-sihat sejahtera dan berada di dalam keredhaan Allah S.W.T. Entri saya pada kali ini adalah sumber inpirasi.

Apa itu Inspirasi? Inspirasi adalah mencontohi seseorang atau perbuatannya sebagai satu tauladan untuk mencapai sesuatu matlamat. Inspirasi juga sering di guna pakai untuk menaikan semangat di dalam mengejar impian.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sesuatu yang memberi saya dan suami inspirasi yang cukup bermakna. 

Pada suatu hari ketika kami sekeluarga pulang dari pasar malam membeli barang-barang basah di sekitar Pantai Dalam, Petaling Jaya. Kami melihat sepasang suami isteri sedang berjalan menuju ke rumah mereka setelah penat berniaga di pasar malam tersebut. Apa yang menyentuh hati saya apabila saya melihat si suami duduk di atas kerusi roda sambil memegang barang niaga termasuk payung dan kaki payung, manakala si isteri menolak si suami. Lebih menyentuh hati saya apabila saya melihat si isteri juga adalah seorang OKU. Saya dapat bayangkan jika hari hujan sudah pasti mereka berdua akan basah bermandi hujan. Saya cukup kagum dengan semangat juang mereka berdua untuk meneruskan kehidupan. Keadaan fizikal tidak menghalang mereka untuk berusaha. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tetapi kecekalan hati dan usaha mereka mengatasi segalanya.


Saya merasa amat sedih apabila melihat orang-orang yang mempunyai cukup fizikal dan sihat tetapi tidak mahu berusaha. Terlalu memilih kerja dengan alasan tidak ada pekerjaan yang ideal akhirnya mereka tepaksa menganggur untuk satu tempoh yang lama. Sikap mengambil mudah dan bergantung harap kepada ibu bapa adalah satu perkara yang tidak sihat.

Untuk berjaya, diri sendiri harus berusaha. Walaupun terpaksa bermula dari bawah, tetapi yakinlah jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh kita pasti akan berada di atas suatu hari nanti. Saya tidak akan berkongsi sesuatu yang saya tidak pasti, tetapi apa yang saya sangat pasti menjadi salah seorang pengedar dan jurulatih Herbalife telah mengubah kehidupan saya dan ramai orang di sekeliling saya dari biasa kepada luarbiasa. Saya yang asalnya sebagai seorang suri rumah yang tiada pendapatan dan terpaksa bergantung kepada suami saya 100%. Alhamdulillah kini pendapatan saya sebulan di antara RM3000 - RM7000. Saya jalankan perniagaan  Herbalife secara sambilan tetapi serius. Secara sambilan yang saya maksudkan hanya 2-3 jam setiap hari tetapi saya serius menghadiri latihan, event dan membantu pelanggan dan rakan kongsi saya. Pada event Spectacular 2013 di Bukit Jalil baru-baru ini juga saya telah mendapat pas VIP di antara 15,000 orang yang hadir. Apa yang ingin saya tekan kan disini bukanlah pas VIP tersebut tetapi usaha, tidak kira siapa jua anda, taraf pendidikan anda, latar belakang keluarga anda itu semua tidak penting untuk berjaya di dalam Herbalife. Apa yang penting adalah diri anda sendiri, samada anda serius untuk berjaya atau tidak!



Saya sedia membantu anda, jika anda sedia untuk membantu diri anda. Saya tidak menjanjikan dalam masa terdekat anda akan mencapai apa yang anda impikan tetapi saya berjanji jika anda konsisten berusaha anda pasti akan mencapai apa jua yang anda impikan.

Friday, February 8, 2013

World Team Recognition


Congratulations
New World Team Members

Syukur Alhamdulillah, setelah berusaha dalam 6 bulan bersama Herbalife kini saya berjaya mencapai matlamat sebagai New World Team member. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan, terima kasih kepada Herbalife kerana memberi peluang yang sangat luarbiasa ini kepada suri rumah seperti saya. Dari tiada pengalaman dan tiada pendapatan kini kehidupan semakin ceria, semakin ramai kenalan, saya semakin yakin apabila bercakap didepan orang ramai dan yang paling seronok ada pendapatan dan ada masa untuk keluarga! :)



Nak join saya, semua orang pun boleh.. tak kira apa background, warna kulit, bangsa, jantina, umur tak kisah. Asalkan anda seirus ingin berjaya dan ubah kehidupan..jom² kita sama² cipta sejarah kita sendiri! OK!

PARASOL!!! RAMADHAN PROMOTION!!!


CONGRATULATIONS!!!
RAMADHAN PROMOTION 
LEVEL 1 QUALIFIERS

Subahanallah, suykur kali ni saya dapat Parasol. Wahh...boleh buka booth dengan payung dan meja baru. Best² tak sabar nak bukak booth dengan my downline.. GO! GO! GO! My belove Team!



Nak Parasol FREE? Siap ada logo Herbalife, warna hijau putih..sangat cantik! yesss...!

TEDDY BEAR PROMOTION QUALIFIERS

CONGRATULATIONS!!!TEDDY BEAR PROMOTION QUALIFIERS


Alhamdulillah, Syukur kepada Allah saya Qualify Teddy Bear Promotion. Memang seronok dapat hadiah dari Herbalife. Boleh bagi pada anak dara saya umur 3 tahun, dia memang suka patung-patung ni. :) Dipeluknya, di dodoi bagi tido dan siap bagi minum susu lagi :))




Suka tak bila anda dah usaha, dapat hasil dan dapat lagi hadiah. Kalau berminat jangan segan-segan bagi tahu saya, ok.

Wednesday, November 7, 2012

Top 10 Herbalife Recruiter in Malaysia

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Syukur kepada Allah s.w.t kerana tidak menyangka saya akan tersenarai dalam Top 10 Recruiter di seluruh Malaysia.


Herbalife Top 10 Recruiter
Herbalife Top 10 Recruiter




Terus berusaha tanpa memandang kebelakang walau apa jua halangan dan ujian, merupakan salah satu kunci kejayaan saya.

Ramai teman-teman saya yang tidak mengenali Herbalife mengatakan susah dan sukar untuk menjual Herbalife. Benar dan saya menyokong 100% pandangan mereka, Herbalife memang sukar untuk dijual bagi jurujual. Tetapi bezanya saya tidak menjual produk Herbalife sebab saya bukan jurujual tetapi saya adalah Jurulatih Peribadi Herbalife dan tugas serta matlamat saya adalah membantu orang untuk menjadi sihat dengan menggunakan produk yang sangat luarbiasa dan terbaik pada abad ini iaitu produk Herbalife. Bagi melayakan saya untuk membantu mereka,mereka perlu mendapatkan produk dari saya. Saya memohon maaf kerana ini adalah prosedur Herbalife, saya hanya boleh melatih mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Bagi mereka yang ingin menjadi sihat, ingin turun berat badan, tambah berat badan dan meningkatkan kesihatan. Boleh hubungi saya dan saya sedia membantu anda seperti mana saya membantu diri saya sendiri.

Masa tidak akan menunggu, jika anda ingin merubah kehidupan, keadaan, kesihatan dan keuwangan anda kepada yang lebih baik, bermula lah hari ini! Jika anda sekadar termenung atau menyesali keadaan anda, pasti ia tidak akan merubah apa-apa.

Biar pun anda turun sebulan 2kg tetap jika anda kekal disiplin, komited dan konsisten maka dalam tempoh 10 bulan akan menjadi 20kg.

Jika anda beritahu saya anda inginkan pendapatan RM10k setiap bulan, saya nasihatkan anda mendapatkan kerja yang tetap dan berjawatan tinggi seperti Senior Manager.  Tetapi jika anda inginkan pendapatan yang meningkat setiap bulan (bulan pertama RM2k, bulan kedua RM4k, bulan ketiga RM6k dan seterusnya) saya sedia membantu anda. Peningkatan anda bergantung pada usaha anda dan saya sedia berkongsi ilmu yang saya ada dan membimbing anda sehingga kita bersama-sama berada dipuncak kejayaan.

Latar belakang anda bukanlah keutamaan dan atau asbab kejayaan, tidak kira anda berpelajaran rendah, berpelanjaran tinggi, keluarga kaya, keluarga miskin, kerabat atau anak orang kenamaan tapi apa yang penting pada saya, anda ingin merubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

Marilah bersama-sama saya menuju puncak kejayaan dan kejayaan adalah milik orang yang sabar.
: 012 - 319 2087 (Zue) / 012 - 246 9704 (Ihsan) / 03 - 2202 1215.

Satu program Zero to Hero akan dijalankan pada 17hb dan 18hb November 2012. Mari kita sama-sama menyertai program yang sungguh luar biasa ini!

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.