Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Tuesday, April 3, 2012

Makanan Seimbang




Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas. 

Dapatkah kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?

Kita cuba analisa pola pemakanan kebanyakan masyarakat semasa hari berkerja untuk tengok sama ada ia dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Adakah pola pemakanan yang diambil seimbang?
Saudara/ri bagaimana?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, ACT NOW! ASK ME HOW!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.