Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya peluang dan ruang untuk berkongsi impian saya dan my BIG why.
Didalam Industri Herbalife impian saya adalah untuk membantu semua downline saya samada dari peringkat 1st line, 2nd line, 3rd line dan seterusnya untuk menjadi President Team samada didalam Malaysia mahupun President Team diluar negara. Ini merupakan satu impian yang teramat..amat..amat.. sangat ingin rasai sehingga apabila saya fikirkan terasa seperti ingin menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan keinginan saya. Impian saya ini, bukanlah kerana inginkan nama, dikenang mahupun diagung²kan. Tetapi "kepuasan" saya dapat membantu orang mencapai satu tahap kejayaan yang yang terbaik dan kejayaan ini bukan sekadar merubah nasib dan kehidupan mereka sahaja tetapi turut merubah kehidupan orang disekeliling mereka. Inilah "kepuasan" yang saya inginkan didalam Industri Herbalife ini, doa²kan semoga saya dapat mengecapi kepuasan ini..Amin...
Impian saya didalam Herbalife juga adalah untuk membantu mengubah kehidupan orang yang dikatakan tidak mempunyai masa depan. Seperti mat rempit, minah rempit, mereka yang keluar dari pusat Juvana ataupun mereka yang keluar dari Penjara. Mungkin pada zahirnya mereka pernah melakukan satu kesalahan dan yang pastinya mereka telah pun menerima hukuman. Juga tidak dinafikan ada diantara mereka yang masih tidak dapat membuang tabiat dan amalan kehidupan yang lepas tetapi tidak dapat dinafikan juga ada diantara mereka yang ingin berubah menjadi insan yang jauh lebih baik. Saya impikan agar satu hari nanti Allah S.W.T mengizinkan saya membantu mereka yang benar² ingin berubah ini menjadi President Team!! Saya ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga boleh berjaya. Perkara yang telah berlalu tetap akan terus berlalu, tetapi masa hadapan adalah sesuatu yang kita tentukan dari hasil tangan kita sendiri.
Impian saya adalah ingin membantu mereka-mereka dari rumah anak² yatim piatu menjadi President Team. Impian ini bukan sekadar suatu kejayaan buat mereka tetapi maksud yang ingin saya sampaikan atas kejayaan tersebut adalah sebuah keluarga yang sangat besarrr! Didalam Industri Herbalife kita ada banyak peringkat umur samada belasan tahun mahupun puluhan tahun. Sekiranya insan² ini tidak mempunyai keluarga bayangkan berapa indahnya kehidupan mereka sekiranya mereka dapat menghormati dan merasai kasih sayang sesama mereka seperti seorang ibu kepada anak, mahupun seorang adik kepada abang dan kakak. Mungkin suatu ketika dahulu mereka lebih merasakan bahawa kehidupan didunia ini sepi, tetapi didalam Herbalife ia berubah menjadi kehidupan yang berwarna warni dan suatu kenangan yang terindah didalam hidup mereka.
Impian saya ingin memiliki sebuah keluarga Herbalife yang besar, yang sentiasa bantu membantu sesama sendiri tanpa ada rasa iri hati. Namun begitu mustahil bagi diri saya yang kerdil ini menyematkan sifat-sifat ini kedalam hati setiap ahli keluarga Herbalife saya, tetapi saya yakin ramai diantara mereka inginkan perkara yang sama. Hanya dengan kudrat saya sahaja, saya tidak mampu memumpuk semangat ini didalam jiwa setiap pengedar Herbalife tetapi saya akan berusaha membimbing dan membentuk mereka yang berada dibawah jagaan saya. Bagi saya kegagalan semalam bukanlah penentu nasib kita hari ini. Tetapi usaha kita hari ini adalah penentu untuk hari esok. Mungkin ada diantara anda akan tertawa, tetapi setiap doa anda saya perlukan, mudah²an saya dapat mencapai impian² saya didalam Herbalife...Amin....
My Big Why! kenapa saya didalam Herbalife? Saya ingin membantu kedua ibu bapa dan mertua saya. Saya ingin menghantar kedua ibu bapa saya menetap di Mekah dan Madinah tanpa perlu memikirkan soal perbelanjaan, menyediakan 100% segala keperluan mereka dan saya inginkan mereka sentiasa berbahagia, bergembira, bergembira dan bergembira. Sebagai seorang anak keinginan saya sudah pasti inginkan kedua orang tua saya tinggal bersama saya dan menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka. Tetapi impian mereka harus saya hormati kerana selama ini mereka telah memenuhi segala impian saya dengan membesarkan saya dalam keadaan sempurna, penuh tanggungjawab dan rasa kasih sayang.
My Big Why! saya ingin menjaga adik beradik ipar saya, membantu mereka didalam kehidupan, menampung segala perbelanjaan sekolah mereka. Cukuplah apa yang telah kedua mertua saya berkorban demi membesarkan anak². Tanpa kedua mertua saya tidak mungkin saya akan berjumpa dengan pasangan hidup saya yang amat saya cintai. Kerana kasih sayang yang diberi oleh kedua mertua saya kepada pasangan saya ia menjadi amalan didalam kehidupan pasangan saya. Saya ingin menghantar kedua mertua saya mengerjakan haji dan umrah. Saya juga ingin menghadiahkan sebuah Galeri lukisan dan sebuah rumah hijau yang dipenuhi taman bunga untuk kedua mertua saya.. Selagi ada hayat dikandung badan saya akan cuba merealisasikan impian mereka, bukan kerana untuk dikenang tetapi untuk menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya.
My Big Why! Adalah untuk anak dan isteri saya. Saya ingin memberikan mereka yang terbaik dari segi ilmu, keperluan hidup, masa dan kasih sayang. Tidak mungkin hanya dengan bekerja makan gaji saya dapat meluangkan masa yang banyak untuk mereka..tidak mungkin hanya dengan makan gaji saya mampu memerikan yang terbaik buat mereka kerana saya hanya dapat memberikan yang termampu sahaja.
My Big Why! Saya ingin kami menjadi penghuni² syruga kerana salah seorang anak yang saya cintai telah pergi dahulu sebelum saya. Saya ingin mengumpulkan seluruh ahli keluarga saya didalam syurga Allah agar sama² dapat berjumpa kembali dengan anak yang sentiasa disayangi dan dikasihi. Untuk mendapatkan syurga Allah S.W.T saya perlu ada penebusnya, iaitu dengan harta yang dibelanjakan ke jalan Allah dan amalan yang dilakukan. Herbalife tidak menetapkan masa kerja saya..saya boleh bekerja pada bila² masa dan saya boleh berehat pada bila² masa yang saya suka. Herbalife tidak pernah menetapkan basic gaji saya berapa, OT saya sejam berapa..semuanya bergantung pada saya berapa yang saya inginkan.
Doakan saya..doakan saya mencapai impian dan my BIG WHY! Amin...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya peluang dan ruang untuk berkongsi impian saya dan my BIG why.
![]() |
| President Team |
![]() |
| http://herbalifecoaching.blogspot.com |

| Happy Family |

No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)