Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,
 |
| Jalan TAR |
Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsikan kepada anda semua. Pada malam semalam adik-adik saya (Nasyrah Hanim aka Mamy Poko & Nabihah aka Michi Bihah) telah bertandang kerumah saya dan berkongsi perkembangan seorang adik lelaki saya Mohamad Fazwan dan isteri beliau Liliz. Setelah mendengar perihal mereka saya merasa sungguh terharu dengan usaha dan kesungguhan mereka untuk berjaya di dalam Herbalife.
Fazwan dan Liliz telah memulakan langkah mereka dengan membuka booth di sekitar jalan TAR dengan hanya berbekalkan satu tanita dan satu banting sahaja. Walaupun tiada payung dan meja (parasol) ia bukanlah alasan bagi mereka untuk berusaha dan berjaya. Hasilnya setiap hari mereka berjaya menimbang seramai 40 orang dan seorang dikenakan bayaran perkhidmatan RM5 sahaja.
 |
| Tanita |
Yang menariknya, mereka membuka tapak di sebelah peniaga menjual durian. Akhirnya peniaga tersebut turut menjadi pelanggan mereka dan menghadiahkan durian sebagai buah tangan! Antara perkongsian yang saya terima lagi, ketika Fazwan dan Liliz sedang mempromosi timbang kesihatan, secara tiba-tiba Fazwan telah didatangi oleh seorang lelaki berbangsa cina, tetamu yang tidak dikenali tersebut terus memeluk beliau sambil berkata jika anda terus berusaha begini saya yakin anda akan menjadi Millionaire Team tidak lama lagi.
Didalam Herbalife peralatan yang serba mencukupi dan canggih tidak menjanjikan apa-apa kejayaan sekiranya tidak disertakan dengan usaha. Sekuat mana pun seseorang itu mencanang akan kehebatan diri sendiri ia tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada orang lain. Sebaliknya usaha yang berterusan tanpa mengenal erti penat dan malu yang dapat menyentuh hati orang disekelilingnya. Pepatah inggeris menyatakan "Leads by example" bukan seperti pepatah melayu "ibarat mengetuk tin yang kosong", bunyinya bising tetapi tiada isinya.
Berkat usaha Fazwan dan pasanganya, kini pelanggan mereka semakin bertambah begitu juga dengan pendapatan mereka.
 |
| Dari Kiri : Zue, Ihsan, Nabihah, Ana, Liliz dan Fazwan |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)