Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
LOSE WEIGHT GAIN WEIGHT

VS
Dimanakah situasi anda? adakah anda pernah mencuba apa-apa produk atau mencuba kaedah tersendiri? Berapa lama anda mencuba? Adakah ianya berhasil? dan mengapa anda ingin melakukanya?
10 Perkara yang boleh membantu mencapai impian anda.
1. Tetapkan matlamat, anda ingin berkahwin, bertunang, azam tahun baru. Lagi besar dan penting matlamat lagi baik hasil yang akan anda perolehi.
2. Kenal pasti kelemahan anda sebelum ini, apakah punca kegagalan anda. Perbaiki kelemahan anda, cuba cari jalan bukan alasan untuk anda tidak melakukanya. Jika anda gagal kerana anda malas, maka tiada sesiapa/apa-apa produk didalam dunia ini mampu membantu anda.
3. Dapatkan sokongan dengan memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang apa yang anda usahakan agar mereka dapat mengingatkan anda apabila anda terlupa.
4. Pilih kumpulan dan berkawan dengan orang-orang yang positif dan membina. Elakan diri anda dari mereka yang berfikiran negetif.
5. Sediakan jadual pemakanan bersesuaian dengan aktiviti harian anda, supaya mudah untuk anda merancang.
6. Banyakan membaca dan melihat gambar-gambar yang boleh memberi anda inspirasi.
7. Amalkan pengambilan makanan gantian yang baik seperti produk Herbalife supaya anda mendapat Nutrisi yang diperlukan setiap hari.
8. Mula bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
9. Elakan dari mengambil makanan segera dan amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran (makanan yang mengandungi fiber) kurangkan makanan yang berasid dan berlemak seperti daging.
10. Beri anugerah dan hadiah pada diri anda sendiri seperti membeli pakaian yang cantik dan baru setiap kali anda turun berat badan.
Apa yang saya sampaikan disini hanyalah perkongsian dari saya. Yang paling penting anda terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa. Always remember Winner Never Quit & Quitter Never Win.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)