بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Di sini saya ingin berkongsi bersama anda sedikit maklumat mengenai Zero to Hero Herbalife. Mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa itu Z2H? Apa program yang di jalankan? Mengapa perlu pergi ke Z2H? Adakah Z2H hanya untuk jurulatih dan pengedar Herbalife atau untuk semua orang?


Seperti yang anda sendiri dapat lihat Zero to Hero bermaksud dari 0 hingga 1-100. Di mana anda berada selepas 0 bukan menjadi persoalan tetapi adakah anda berubah dari 0 kepada yang lebih baik. Ramai yang beranggapan selepas mereka keluar dari Z2H, mereka akan terus berada di puncak kejayaan samada didalam Herbalife atau apa jua bidang yang mereka ceburi. Kami bukan tuhan yang boleh mengubah hidup anda sekelip mata, kerana hanya Allah S.W.T yang berkuasa melakukan apa jua yang di kehendakiNya kerana diantara sifat-sifat Allah S.W.T adalah Berfirman "kun faya kun" jadi maka jadilah. Kami adalah manusia biasa seperti anda semua. Tenaga pengajar dan semua yang terlibat didalam program Z2H adalah manusia biasa. Bezanya mereka dengan kita adalah mereka telah berjaya dengan melalui pelbagai cabaran dan mereka telah pelajari pelbagai ilmu didalam dan diluar negara. Sebahagian dari ilmu itu akan dikongsikan kepada anda semua agar anda dapat manafaatkan didalam kehidupan anda. Z2H adalah majlis atau seminar perkongsian ilmu. Dimana anda berada selepas Z2H bergantung kepada tindakan susulan anda selepas Z2H. Adakah anda akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari sebaik mungkin atau ilmu itu hanya menjadi makanan kepada buku-buku catitan anda. Seperti mana ramai orang yang berkata saya ingin sihat, saya ingin kurus. Setelah membeli produk Herbalife dan menerima jadual dari jurulatih dan pengedar mereka hanya simpan produk dan jadual di dalam almari, hasilnya mereka kekal gemuk tiada perubahan tetapi almari pula yang kurus. Anda mungkin boleh pergi menghadiri seminar-seminar keusahawanan yang jauh lebih mahal yang berharga RM10ribu. Mungkin juga anda boleh pergi ke seminar yang di anjurkan oleh pakar-pakar motivasi seperti pakar motivasi dan penulis buku "Rich Dad Poor Dad" & "The Rat Race" Robert Kiyosaki atau mungkin juga menghadiri seminar dari Anthony Robins pakar motivasi dan penulis buku "Awakening The Red Giant" dan ramai lagi jurucakap dan pakar motivasi diseluruh dunia. Namun apa yang menjadi persoalanya adakah anda akan mengikuti segala yang anda pelajari? Mengapa anda perlu membayar beribu-ribu ringgit sedangkan ada program yang dianjurkan seperti Z2H yang jauh lebih murah tetapi ilmu yang anda dapat tidak jauh bezanya. Program Z2H bukan bertujuan untuk mencari keuntungan, ia lebih kepada membantu seluruh rakyat Malaysia AM nya dan seluruh golongan Bumiputera khususnya.



Z2H terbuka kepada semua orang yang ingin mengubah kehidupan mereka. Tidak kira anda adalah jurulatih dan pengedar Herbalife, anda seorang usahawan, anda seorang pemandu teksi atau lori, anda seorang pencuci, anda seorang peniaga, anda seorang kontraktor, anda seorang juruterbang, anda seorang penjawat awam, anda seorang doktor dan jururawat, tidak kira siapa anda atau apa jua latar belakang anda. Anda LAYAK menghadiri program Z2H yang akan dijalankan tidak lama lagi. Di dalam program Z2H kami akan berkongsi kepada anda peluang perniagaan yang ada, bagaimana anda dapat melakukan "marketing plan" dan apakah pelan pemasaran yang terbaik serta kaedahnya. Anda juga akan diajar bagaimana untuk bercakap dengan orang ramai yang tidak dikenali "Cold Market". Bagaimana ingin memulakan perniagaan dengan modal yang rendah tetapi mendapat hasil yang lumayan. Z2H akan mengubah cara pemikiran anda untuk menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif. Latihan dari tetamu-tetamu istimewa yang dibawa khas untuk anda. Mereka telah menjana pendapatan sebulan melebihi RM400k dan keatas. Insan-insan ini akan berkongsi dan mengajar anda apakah rahsia-rahsia mereka.


Anda akan memperolehi semuanya hanya dengan menghadiri Z2H dengan harga RM230 (tinggal 4 tiket sahaja) RM250 dan RM280 (terhad) termasuk makan minum dan tempat tinggal selama 2 hari 1 malam di Port Dickson!
Pambayaran boleh dibuat terus ke akaun Maybank 162245652748 - Siti Zubaidah / CIMB 12840002198521 - Mohamad Ihsan. Setelah membuat pembayaran sila maklumkan kepada kami untuk pengesahan. Zue - 0123192087 / Ihsan - 0122469704.
apa beza tiket yang berharga rm230 , rm250 dan rm280 tu ye ?
ReplyDeleteTempat duduk sama sahaja, kalau purchase awal dapat lagi murah sebab dikira early bird. lagi lewat kita beli harga akan naik. Zero to Hero dah habis, program yang paling dekat 4 May 2013 di PWTC Kuala Lumpur, Tetamu Khas yang di bawa dari LA seorang Doktor Pakar dan Pemenang Nobel Laurette in Medicine Dr Luis Ignarro. Tiket hanya RM20. Seat sangat terhad, first come first serve basis.
ReplyDelete