بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, kali ini kami ingin berkongsikan satu kisah benar perkongsian dari seorang remaja mangsa tsunami Indonesia. Dahulunya Fahmi juga seperti kita semua, memiliki sebuah keluarga yang bahagia bersama ayah, ibu dan adik beradik. Bagaikan satu mimpi buruk buat Fahmi apabila dalam sekelip mata segala kebahagian yang dimiliki telah pergi meninggalkan beliau buat selamanya. Lebih menyayat hati apabila Fahmi sendiri menjadi saksi pemergian seluruh keluarganya. Ayah, ibu dan adik beradik yang dilanda ombak yang mengganas memusnahkan rumah mereka. Melihat setiap ahli keluarga mengapai-gapai mengharapkan pertolongan.. melihat setiap ahli keluarga menghembuskan nafas yang terakhir sentiasa segar di ingatan Fahmi buat selamanya.
Mungkin bagi insan lain, peristiwa ini menjadi titik hitam permulaan hidup mereka tetapi tidak bagi Fahmi. Fahmi redha dengan setiap yang berlaku, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun apa yang kami dapat lihat Fahmi sedikit pun tidak pernah menunjukan perasaan sedih mahupun dukacita yang dialaminya. Fahmi sentiasa tersenyum seola-olah tiada apa yang berlaku, namun disebalik hati kecilnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Walaupun hidup sebatang kara tanpa seorang pun ahli keluarga, Fahmi kini bergelar mahsiswa di salah sebuah Universiti di Indonesia. Apabila ditanya bagaimana beliau meneruskan kehidupan dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Jawapan Fahmi amat ringkas tetapi penuh bermakna. "Walaupun keadaan telah merampas seluruh keluarga saya, tetapi ombak tsunami tidak pernah sedikitpun merampas keyakinan saya kepada Allah S.W.T dan Allah S.W.T telah mengurniakan saya akal untuk berfikir".
Hari ini Fahmi merupakan salah seorang pengedar Herbalife dan beliau sanggup terbang merentasi lautan seorang diri untuk mengubah nasibnya. Tiada alasan dalam kamus hidup Fahmi, walaupun tiada sokongan kedua ibu bapa dan terpaksa membiayai segala kos pembelajaran sendiri namun ia tidak sedikitpun menjadi penghalang untuk Fahmi menimba ilmu. Mungkin perjalanan kehidupan kita jauh lebih baik berbanding Fahmi sehingga kita merasa begitu selesa dan tidak mengimpikan sebarang perubahan.
Meneruskan kehidupan sebagai seorang yatim piatu tanpa seorang pun ahli keluarga cukup mematangkan Fahmi. Fahmi terpaksa menjalani kehidupan dijalanan apabila seluruh harta benda musnah. Pada siapa beliau ingin mencurahkan segala kesedihan dan pada siapa beliau ingin bergantung jika tidak kepada Allah S.W.T.
Apabila ditanya mengapa beliau memilih Herbalife? "saya yakin Herbalife dapat mengubah nasib saya, saya yakin saya akan berjaya dengan Herbalife. Saya ingin menjadi kaya dan saya ingin mengambil setiap anak-anak dijalanan hidup dengan saya. Saya mahu mereka melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat universiti. Saya hidup tanpa keluarga, saya tahu apa yang mereka alami. Saya mampu menguruskan mereka semua". Begitu besar harapan Fahmi dan yakinlah besar juga hati setiap anak-anak kecil yang berada dijalanan menanti saat seseorang datang kepada mereka memimpin tangan kecil mereka dengan membawa sejuta harapan.
Mengubah kehidupan sendiri bukan suatu perkara yang mudah apakan lagi ingin membantu mengubah kehidupan orang lain. Namun ianya tidak mustahil, seperti yang telah dijanjikan Allah. Bahawa, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri." Berdoa, berusaha dan bertawakal itu sahaja yang mampu kita lakukan, selebihnya kita serahkan kepada yang emmpunya langit dan bumi, yang Maha kaya lagi mengayakan. Maha Suci Allah, marilah kita mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. Mungin benar kini kita selesa dengan kehidupan yang dilalui tetapi adakah kita memberi dan berkongsi apa yang dimiliki kepada orang lain. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima! segala amalan kebaikan akan menjadi penimbang berat kita di padang masyar kelak.
Ingatlah bahawa anda hanya akan berjaya jika anda melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan serius dan bersugguh-sungguh, dan tidak berputus asa adalah salah satu kunci kejayaan. Beringatlah jika anda memberi satu alasan ia sudah cukup untuk memusnahkan segala impian anda. Dan memiliki 1000 sebab mengapa anda berjaya, mengapa anda perlu berjaya akan membantu ada mencapai impian anda.
- Jurulatih kesihatan produk Herbalife & Jurulatih perniagaan Herbalife - Ihsan & Zue -




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment, will approve once we check. Have a good day :)